Monday, November 8, 2010

derhaka kah?

betul.
syurga di bawah tapak kaki ibu.

betul.
kasih ayahanda membawa ke syurga biru.

betul.
setiap perkara itu haknya adalah ditangan sendiri.

betul.
tidak boleh sang anak itu menyalahkan pak abu dan mak siti.

betul.
betul sangat.

tapi selama ini aku selalu menulis dari perspektif aku.
seorang anak yang beruntung dikurnia tuhan seorang abah dan ibu yang sangat cool dan menyeronokkan di luar imaginasi.

aku tidak boleh lupa satu fakta ini,
tidak semua orang macam aku.

maka hari ini aku hendak bercakap tentang keibubapaan.
parenthood.
secara spesifik, ibubapa yang bukan dari definasi buku teks.

namun seolahnya taboo atau terlarang bila kita fokuskan kesalahan pada ibubapa. cantiknya agama ini, waima jelas dan terang seorang ibu atau bapa itu melakukan kejahatan, wajib kita hormatkan. begitu indah islam ini, kita sentiasa mesti menunduk tenang walau dihentam cerca makian.

bukan kerana ajaran kudus ini hendak membuli sang anak, tapi sememangnya, kalau hendak dikatakan adil, sekurang2nya ibu dan bapa itu mmg memberi kita nyawa dan memberi nasi untuk perut kita.

kan?

ramai yang sayu setiap kali membaca entri berkenaan hidup yang selalu aku bicarakan di sini

menjadi seorang aku yang sangat mudah serba-salah, ada masanya aku terasa seperti hendak sembunyikan entri itu, demi untuk tidak menambah perit di hati mereka yang membaca. tapi susah juga, kerana aku memang menulis untuk menceritakan cucu kerabat aku di nanti suatu masa.

sejujurnya aku kasihan.

bagaimana agaknya hidup dengan seorang ayah yang gemar menjadikan tubuh ahli keluarganya sebagai beg latihan tinju?
bagaimana agaknya punya bunda yang menderu2 menghisap rokok di depan mata, dengan kekasih barunya asyik melihat2 kamu dengan nafsu?
bagaimana agaknya ada ayah yang saban hari mengungkit setiap budinya, di setiap kali kamu tidak mampu memenuhi kehendak dia?
bagaimana agaknya memiliki ibu yang terlalu mendengar kata ayah kamu, walhal semua ibunda dalam dunia ini selalu sudi menjadi telinga anaknya?

mesti susah, kan?
mesti payah.

sakit, sebenarnya, hidup membenci.
lebih menghiris kalau yang dibenci itu adalah darah daging sendiri.
perasaan benci yang terlahir dari rahim cemburu yang asalnya sedikit, kini makin meluap2.

"mak aku kasi aku dua ratus tau beli baju raya!!! best giler!!!"
"jom la. daddy aku okay je kalau aku bawak kawan. ala... kitorg belanja kau la duit tiket"
"abah aku tanya semalam, kenapa kau jarang balik rumah? mak abah kau tak marah ke?"

dan kau rasa nak saja kau mahu terajang tekak mereka.

"sial. aku tahulah kau bahagia. sempurna"

kadang2, ada ibubapa yang merasakan mereka berhak secara totalitarian atas zuriat mereka. maka setiap keputusan perlu keluar dari bibir mereka, siap dengan cara2 dan urutan pelaksanaannya.

"tidak boleh dengan gadis itu."
"abah tak suka kau bawak motor"
"umur 21 kau sudah patut ada kerja."
"kerja call centre itu bukan kerja yang betul."
"kenapa isteri kau tak suka tinggal sekali kat rumah mak?"

dan harus diingatkan, tidak semua anak adalah bangsat.

masih ramai, sehingga ke hari ini yang masih menampal senyum demi untuk menjauhkan dari perkataan 'derhaka'.

tapi bagaimana mereka2 yang tidak gagah hatinya?
yang sudah hampir gila kerana seumur hidup tidak mampu menjadi sesiapa kecuali yang dipaksa dia jadi?
bagaimana mereka2 yang didera secara mental, ditusuk2 dari dalam hati?
yang sudah jadi semacam tidak betul kerana terlalu serabut dengan hidup, malangnya malu untuk bercerita kongsi?

aku pernah lihat depan mata, seorang anak yang begitu dinanahkan dengan keserabutan hidup keluarganya menggogok arak dengan airmata berlinang2 mencium dagunya.
aku pernah lihat depan mata, seorang anak yang begitu hancur kerana terlalu penat memenuhi citarasa ibubapanya berkejar2 mencari khayal dalam asap marijuana yang disedutnya.

aku tahu ini tidak sepatutnya,
tapi aku pernah kata dalam hati, ketika memandang mereka yang jauh lebih tenang sebegitu,
"begitu sekali sakitnya gila dalam hati kamu, kawan?"

ada masanya aku sanggup membiarkan kerana yang aku dapat lihat, semata itu yang mampu memberi aman dalam jiwanya.

ah!
kau ingat mudah?

kau ingat senang untuk pergi ke seseorang dan menda'wah, bilamana ibu bapa sendiri mengabaikan apa yang sepatutnya dijaga dari lahirnya pun membiarkan, siapa pula orang2 luar seperti aku hendak berkata apa2?

ah jahanam.
entri ini tidak mudah untuk ditulis.

cuma begini sajalah, dik.
teruslah jadi gila.
sekurang2nya kamu tidak derhaka.

okay?

cakap senang la.
kau pernah rasa?

dan hentikan merasa kau seorang sahaja dalam dunia yang layak syurga.
tuhan itu baik.
dn kau bukan tuhan.