Saturday, April 30, 2011

Chapter 26 .

I'm no longer interested to write as I'm getting older. Aku mula tulis masa umur belasan. Masa tu aku budak. Masa aku hidup in denial. I've been abused, offended, neglected by surroundings, orang yang aku sayang. Macam mana memberontak? Dengan menulis.

Sebab tak ada orang yang sudi mendengar. Yang ambil kesempatan, ramai.

The saddest part is that some do it sneakily, then wrongly interpreting them because of its cryptic-ism maybe, but all the while never bothering to be honest about any confusion.

Urghh ..

Bila membesar, orang tak suka kau cakap terlalu jujur. Dan kalau kau menulis untuk dibaca orang, kau akan cenderung kepada tak jujur. Atas nama ni, orang cakap aku loser. Cakap aku minta simpati. Bentak aku, jerkah aku, tikam aku. Fitnah macam-macam. Dari hidup sekolah, universiti sampai kerja pun bergaduh pasal blog. But on the other side, Aku rasa happy sebab banyak feedback membina , sokongan yang tak henti henti dari sahabat . Yang jauh dimata dekat dihati. Aku dapat kawan baru , pengetahuan baru .

Aku membesar. Masih tetap orang yang sama, tapi punya kehidupan yang lebih baik sikit dari dulu. Aku tak selesa bila pertama kali orang tahu pasal blog. Tak suka orang bercakap. Tak suka orang bertanya. Dan kalau nak sarkastik sekali pun, serius menjengkelkan. Sebab aku sendiri tak pernah publish. Tak teringin nak dikenali dengan cara ni.

Tiap kali aku susah, sakit, atau bila hati aku disiat-siat seperti pada jam tiga pagi ini, alter-ego aku berpesan: Ain , mungkin ini balasan terhadap salah satu dosa yang pernah kau lakukan. Dan kita berdua sedia maklum, bila dikumpul-kumpul ia bukannya sedikit.

Dan aku setuju. Aku percaya tidak ada siapa yang lebih adil melainkan Allah Ta’ala. Hidup ini memang penuh dengan cabaran dan aku secara peribadi memilih untuk percaya bahawa jumlah berat dugaan kita semua sama saja. Cuma, kaedah ukurnya kita tidak tahu malah tidak punya hak untuk tahu. Entah. Ini bagi aku. Wallahu’alam.

Gembira macam mana pun kita, pasti akan datang sedih. Muram macam mana pun kita, pasti akan datang senyum. InsyaAllah. Ada orang hidupnya kita lihat senang lenang bahagia memanjang tapi percayalah, ujian yang diturunkan sama rata. Cuma, dalam berlainan bentuk- barangkali mengikut keperluan dan kesesuaian kita, hamba.

Mungkin aku buat salah. Tapi biarlah aku lalu fasa aku membesar. Buat salah dan menyesal. Biar aku belajar sendiri pengajarannya. Terima yang aku menulis untuk berkongsi. Kalau tak terima, I feel sorry for you.

Dear God , I sincerely thank you for hard times you put me through :)