


banyak sungguh yang berlaku dan terjadi beberapa menjak ini. dengan masalah di pejabat, dengan serabutan2 sang sahaba . bersungguh2 betul nasib malang mengetuk pintu aku. bersembunyilah di bantal paling tebal sekali pun, hentaknya begitu terang sehingga hendak atau tidak, terpaksa aku sambut salamnya.
terima saja.
nak lari, hendak ke mana?
kadang2 dunia seperti sengaja mahu kita menyungkur dan terkambus ke kerak tanah yang paling dalam. seolahnya, lagi kita kata kita mahu untuk tetap cuba, lagi dia ketawa besar mahu kita tersembam.
apa yang tak membunuh kita, akan bikin kita lebih kukuh.
benar.
tapi kalau menderu2 serangan menubi kita yang tak langsung berpayung pun ini, ada masa, mahu juga kita hulur anggota untuk terus dikelar lehernya.
kill me, and get it over and done with.
tapi kalau mati, rugi.
sebab selagi kita mahu menanam sabar, selagi itu harapan tetap ada.
ribut datang sebelum pelangi.
rebah datang sebelum bangkit.
malam datang sebelum matahari pagi.
gunung meletus sebelum disuburkan bukit.
kita kena sabar.
kena.
aku perlu miracle.
tapi apalah makna miracle kalau segala yang indah selalu muncul, bukan?
miracle adalah keindahan yang bertiba2 hadir dalam kejahanaman.
maka aku perlu senyum untuk setiap rasa putus ini, kerana miracle akan datang.
iman aku pada takdir tuhan yang maha baik.
dia sedang pandang aku dari singgahsananya,
tersenyum pada aku yang seperti biasa tersadung kaki lalu membising-omel dan merengek.
dia sedang lihat aku dan memesan dari jauh;
"minta. dan aku bagi"
*diam*
dia sudah tunggu.
sudah lama tunggu aku.
lama.
apa lagi?
kaki,
bangun.
jangan tunggu lagi.