Thursday, September 2, 2010

Eid ul- Fitr .

Saya percaya,
lebih ramai manusia kita kenal,
dan lebih lama kita mengenali manusia-manusia tersebut,
akan lebih banyak dosa kita terhadap mereka.

Saya pasti saya sebahagian daripada golongan ini. Dan atas kepercayaan ini juga, saya pasti dosa saya yang paling banyak adalah terhadap Ibu dan arwah babah saya, kerana saya kenali mereka seumur hidup. Seterusnya adik beradik saya, saudara mara saya, dan datuk nenek moyang saya. Kemudian sahabat-sahabat saya dari kecil, teman-teman saya menjelang dewasa, guru-guru saya,rakan-rakan seperjuangan saya, majikan-majikan setugas saya, para pembaca dan pendengar saya, serta siapa-siapa lagi di luar sana yang mengenali saya dan boleh jadi tanpa sedar, saya sudah pun ada dosa terhadap mereka. Wallahu’alam.

Dosa, seperti juga pahala, memang mudah nak dapat.

Jadi saya mohon pada awak-awak yang membaca tulisan ini; tolong maafkan dosa-dosa saya. Bulan begini buat saya sedar; Allah letakkan kita manusia di tempat yang boleh tahan tingginya. Dosa sama Dia, kita boleh minta maaf tiap kali doa selepas solat. Dan Dia Maha Pengampun. Tapi dosa sesama manusia, Allah pun tak boleh bantu. Kalau orang itu tak maafkan kita, alamatnya mereputlah sampai ke kubur.

Saya minta maaf bukan semata Eid ul-Fitr, tapi sebab saya tak tahu kubur saya sedekat mana.

Teringat dulu , Haji Ariffin pantang orang sedih lebih-lebih di Hari Raya , Kata arwah ayahnda saya boleh jadi dosa , Tujuan Eid ul-Fitr meraikan kemenangan berpuasa. Tapi orang Melayu kita gemar membudaya lagu/drama airmata di hari mulia.

Tak Paham :)