Aku kira, aku dalam mood rasional untuk menulis sesuatu di sini. Bila disimpan lama dalam hati, aku takut jadi macam larva gunung berapi.
Ini catatan ringkas berbaur Amaran untuk Cik Z.
Z,
Kau tau betapa gembiranya W masa dia tunjukkan gambar family dia pada kita tempoh hari? Kau nampak tak senyuman dia masa dia kenalkan ahli keluarga dia satu persatu? Aku tak nampak pun yang dia malu atau sedih dengan keluarga dia. Tapi kau tergamak cakap begitu. Kenapa? Hina ke kalau dia kata yang mak dia hanya memakai baju kurung? Hina ke kalau mak dia orang yang konservatif? Hina ke kalau mak dia lame atau kuno? Kau buat dia menangis di bahu aku. Kau kurang ajar. Kau tak perlu bagitau apa mak kau pakai, apa mak kau beli, apa mak kau gayakan. Semua tipu.
Z,
Kau taukan betapa bersyukurnya mak W bila W dapat further study? Betapa lebar senyuman mak W mencanang satu kampung, W dapat masuk U. Dapat ikut jejak langkah abang dan kakak dia. Tapi kau tergamak cakap begitu. Kau ingat W nak ke mak dia buta huruf? Kau ingat W nak ke ayah dia jadi orang susah? Kenapa kau hina W yang ada adik beradik ramai? Hina ke kalau W hanya pakai buku-buku lama yang dia beli dari senior? Kau rasa hairan ke bila W tak kaya macam kau yang hanya beli buku baru? Buku dibeli dengan niat nak menuntut ilmu, bukan bermegah-megah. Ingat tu.
Z,
Kau taukan betapa susahnya W kumpul duit untuk beli sehelai t-shirt yang dah lama dia idam-idamkan? Kau taukan dia kumpul duit, berjimat cermat untuk memenuhi keinginan dia. Tapi kau tergamak cakap begitu. Kau megah dengan duit bapak kau. Kononnya hidup kau hanya makan tanggung, berak cangkung. Kononnya apa sahaja diminta, pasti dipenuhi. Kau ingat ada orang heran ke dengan statement menipu kau tu? Sudahlaa.
Dan yang paling aku tak boleh terima, bila kau cakap yang kau benci dan malu nak berkawan dengan orang susah macam W. Lagi sekali bahu aku basah lencun dek air mata W. Kau jangan lupa, assignment kau pun banyak yang dia tolong buat. Kau ingat lagi tak, masa dia tolong kau siapkan assignment software, kau libas tangan dia dengan pencil box sebab tersentuh monitor HP Pavilion kesayangan kau tu. Kau jangan buat-buat lupa. Silap-silap aku yang tolong libas tangan kau balik.
Z,
Persahabatan tak boleh diukur dengan kekayaan dan bukan disukat dengan material. Selain keluarga, kau cuma ada kawan-kawan untuk bersama kau dalam susah dan senang, suka dan duka, tangis dan tawa. Persahabatan tu aku kira sebagai anugerah terindah dalam hidup aku. Tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit.
Aku harap kau tak buat lagi.
Kalau buat lagi, jaga kau.