Aku sedang berkira-kira saat ini. Setahun lagi, selepas aku tamat pengajian, apa yang aku mahu lakukan seterusnya? Nak jadi apa? PTD ? Accountant ? Cikgu? Lecturer? Bisnes? Apa dan apa lagi? Buntu, rasa macam nak lumpuh separuh badan bila asik fikir je.
Masa sekolah, aku asik sebut nak jadi nurse. Aku rasa best bila dapat tolong doktor, inject orang, bagi ubat, rasa macam senang je kerja ni. Lama-lama aku tukar fikiran, aku nak jadi cikgu macam auntie aku. Boleh conteng papan hitam, main kapur tulis, tanda kertas exam, marah budak-budak, rasa macam bestnya sebab cikgukan ada banyak cuti? Lepas tu aku rasa macam tak best pulak. Hah, aku nak jadi pramugari pulak lepas tu. Bestkan time kecik-kecik tengok pramugari MAS (masa tu Air Asia belum ada lagi) dok heret luggage dengan handbag kat Subang Airport (masa tu tapak KLIA tu hutan estet tebal lagi). Tapi pramugari MAS pakai kain belah sampai peha. Seksi, tak bley tak bley. Lagi pun, aku terpaksa melupakan cita-cita tu sebab aku disahkan menghidap rabun jauh pada umur 11 tahun. Babai kain belah! ;)
Dan selepas itu, ruangan cita-cita aku dalam buku biodata kawan-kawan, aku tinggalkan kosong (iye, ada yang tiap-tiap hari suruh tulis biodata macam dah nak pindah esok! menyampah betul). Tapi serius, aku tak tau nak jadi apa, jadi aku biarkan kosong.
Pasal kerja tu, aku ada tempoh setahun lebih lagi untuk fikir.
Setahun lagi, aku post entri pasal kerja aku tu.
Hehihihi.
Tapi yang pasti cita cita arwah babah aku akan aku tunaikan dulu
InsyaAllah .
:)