Wednesday, February 4, 2009

untuk kamu yang sedang bergelut .

betapa mudah manusia menggantikan cinta.

seorang kawan aku sedang merana. kawan2 semua kata "dia tak pernah menangis. entah bagaimana dia tanggung kesedihan dia itu ,

tapi hari2 menangis di depan aku. kasihan.
tidak apa, rahsia kita.
menangislah.

kadang2, kalau kau tunjuk sayu kau depan orang pun, mereka bukan boleh faham.

aku tak pernah memaksa kawan aku itu tinggalkan jejakanya. sebab aku terlalu mengerti rasa dipaksa melupakan sesuatu yang kita percaya.

"mamat itu syaitan. lupakan dia"
"mamat itu kejam. ramai lagi."
"mamat itu celaka. cari lain"

ingat senang, agaknya.
tak apa, kawan. selagi aku ada, aku akan layan hati kau. itu yang kau selesa, kan?
satu hari nanti bila kau dah penat, kau akan redha.

kawan aku diganti untuk perempuan yang jauh lebih hina. kaki arak, tidak layak cantiknya, ciri2 sundal abadi, segala. setimpal dengan iblisnya si jejaka.

faktor yang membuatkan kawan2 semakin yakin untuk memaksa kawan aku lupakan sang teman lelaki.

tapi sayang itu bukan sesuatu yang mudah2 dilupa.
dan untuk sesetengah perempuan seperti kami, buatlah apa saja, rasa yang kami rasa ini payah sekali mau mati.

cumanya, ia sedikit2 membunuh kami.

aku sudah tidak tahu hendak menulis apa. rasa kosong dlm jiwa, rasa biasa2. aku ini ibarat enjin yang bergerak atas motor rasa jiwa.

dan bilamana hati aku ini sedang begini, tiada makna seorang ain ariffin itu.

haih.

perempuan ada dua jenis:
1) mangsa
2) sundal


ramai lelaki mahu memangsa kategori yang pertama. untuk dijadikan calon isteri, kan?
ada lelaki di luar sana yang lebih gemar perempuan yang murahan. untuk berkawan2.

ada perempuan memilih untuk kental dan menjual mahal.
ramai juga yang keluar menggatal dan menyundal.

bohonglah jika benar kita bisa kategorikan orang. mana ada manusia terbahagi kepada kumpulan A atau B. setiap orang berbeza. kerana rasa itu tidak pernah sama.

seperti aku yang katakan "aku faham, kawan". gila, apa?
rasa itu milik kamu. cuma kamu yang tahu.

apa yang kamu mahu jadi itu terpulang pada kendiri kamu.

aku cuma bisa mendengar, kawan.
kerana aku tahu bagaimana rasa sunyi itu.
tanpa sesiapa mengerti kamu.

kuat. kuat.

tidak apalah kalau kita diganti. harapnya gadis baru itu bisa menjaga cinta kita itu dengan manis, seolah kita tatang dia dulu.

kuat. kuat.

jangan diharap. cuma kuat.
tuhan itu adil.

seorang kawan pernah ckp pesanan neneknya, yang mana digunapakai ketika mahu menasihatkan aku sejak dua tiga minggu lalu:
"kalau kita sayangkan seseorg itu, kita harus terima andai kita tidak disayang semula"

aku jawab:
fakyu.