Wednesday, February 11, 2009

adil untuk apa ?

Terima jelah hakikat.

Kalau muka kita Tuhan bagi dengan rupa yang paling bengis sekali, calar balar macam samseng kampung, gigi jarang, bulu banyak, dan orang mesti pandang kita dengan tanggapan paling negatif sekali.

Kalau kita dah memang dianggap jahat, sembahyang cukup lima waktu pun dah dikira lucu gila dan boleh jadi bahan sampai ke tempat lepak. Apatah lagi kalau kita memang jujur dan tak mahu hipokrit dan jadi talam, orang akan panggil kita muka langsi.

Kalau kita dibayangi dengan sejarah silam yang melampau dan kita sedaya upaya cuba nak ubah tanpa ada yang sokong kita masih dianggap orang bodoh yang cuba mengubah takdir. Sama juga kalau kita punya hati yang ikhlas untuk orang tapi sebab kita ni jahat kita tetap dianggap buruk.

Jadi cuba teka adil tu apa?

penulisan aku yang membabi buta , memaki hamun bukan sebab aku nak tunjuk belang ke nak tunjuk hebat apatah lagi nak menunjuk apa-apa. melontar kan apa yang aku rasa tak puas hati atau memang dari bahasa hati aku sendiri sebab aku tak nak perasan baik.

Kenapa muka perempuan secantik mereka punya hati yang kotor dan fikiran yang cetek? Macam Paris Hilton yang kononnya cantik padahal akal sama taraf dengan anjingnya. Dan sebab aku tahu aku sebanarnya tak punya apa selain parents dan kawan-kawan. Jadi bila tumpuan aku hanya pada mereka, dan kawan-kawan itu mengecewakan aku sangatlah tak boleh terima.

Aku berubah sebab orang sekeliling. Mengaku jelah.

Haihhhh ada lagi rupanya orang kata aku clingy.