ayat kegemaran aku bila aku terlalu kehabisan kuasa untuk berbuat sesuatu:
"tidak apa. satu hari nanti."
itu,
bila aku sudah tidak kalih untuk menahan,
bila airmata tinggal sedikit kerana dihabiskan.
ada kata itu dendam.
ada bilang itu harap.
apa2 saja.
namun syukur.
'satu hari itu'
sudah datang sejak beberapa lama, sudah.
oh, jahanam sungguh seorang aku dahulu.
dihenyak2, dipijak2.
soalan aku,
di mana engkau sekarang?
masih di takuk dulu.
dengan hidup yang begitu dikonon2.
pasti malam2 engkau hancing dengan pelbagai kesedaran,
yang kau relevankan menjadi tabiat,
yang setelah sekian lama,
mampu kau tukarkan menjadi suatu normaliti.
lalu kau selesa dengan apa yang sebenarnya mengundang cegil mata jujur dunia.
sahabat aku,
tidak,
sebenarnya kau tidak sehebat yang kau sangkakan.
maaf.
rasa superior kamu itu sangat ketinggalan zaman.
harap2,
pelangi yang kau kejarkan dari dulu sudah menunjukkan diri sebenarnya.
dari dahulu, wahai sayang, kau cuma mengejar fatamorgana.
kasihan.
terima kenyataan ini.
i won.
trofi aku jelas di sini.
ilmu aku.
keluarga.
sahabat2.
dan kalau pun aku jatuh di hari depan nanti,
BUKAN KERANA DAULAT ENGKAU.
by the way, fesyen kamu, yang kau fikir sangat kool -- so yesterday.
kau pandang kiri kanan.sampai bila hendak begitu?
manusia menganjak,sahabat.
perubahan itu suatu yang akan.
sampai bila hendak begitu?
tolong berhenti mencanangkan aku masih hegehkan engkau, laknat.
sampai bila kau hendak hidup dalam fantasi itu?
berapa ramai harus kau yakinkan yang aku masih si dungu keparat itu?
aku sudah penat menjadi penjaja di muka hati hitam pekat likat engkau.
aku sedang membukti aku sudah mampu.
dan berulang2,bongkak, angkuh, ria' juga yang kau nampakkan.
lalu bagaimana?
apa harus terus aku menjadi sang cengeng dan menghantuk kepala di dada rumah?
dengan merayu2 agar aku kau terima, untuk kau tenyohkan semula?
apa mesti aku hancurkan apa yang sedang aku milik ini,
meronyokkan dan mempunah?dengan melutut di lutut kamu,
berkata aku masih aku sebenarnya tidak bahagia?
*gelak besar*
u have got to be kidding me.
aduh.
tuhan,
kuatkan aku untuk abaikan dunia itu.
aku sudah cukup.
tidak perlu yang tidak perlu.
oh ya.
tahniah, kerana terasa.
malangnya, bukan semua perkara berlegar dengan hidup engkau.
sorry.
you are not that special.
*kenyit*