Wednesday, January 14, 2009

kisah ipin dan tiqah :)

ariffin anak yatim dari umurnya baru mahu masuh darjah 2. ketika bapanya mati, adik bongsu masih lagi dalam buai. emaknya jadi janda muda, dan tak pernah menerima pinangan orang walau apa pun badai memaksa.

dari kecil, ipin menjadi bapa dalam keluarga. keadaan memaksa jiwa kecilnya matang sebelum usia. belajar selagi mampu semata untuk membantu sang bunda. tapi bagaimana mahu belajar, kalau di awal umur sudah menolong emak bekerja? menjaga adik? merebus ubi? menanak nasi? mengemas rumah? menjadi segalanya ketika sang emak menggesek bilah menoreh getah.

ipin membesar dengan gagah. menjadi office boy dan dengan kelebihan ilmu sedikit, berjaya dia menjadi pegawai untuk bahagian telekomunikasi. gajinya kecil, 120 ringgit untuk keluarganya yang empat orang itu .

dia sedar, emaknya isteri kedua, hidup menumpang di tanah orang. mereka orang miskin, persis kisah2 p ramlee yang ditonton ketika hujung minggu.

maka 100 ringgit buta2 diberi pada emaknya. hanya 20 untuk dirinya.

dia tak kalih lagi membiar rumah seperti reban diduduk mereka. ipin mahu emaknya mengambil semula adik keduanya dari rumah orang. ipin mahu emaknya masukkan adik bonsunya sekolah kemahiran.

ipin sudah terlalu tua dari usianya.

pernah, ipin bercinta dengan gadis dari utara, sudah mahu kahwin. bila diperkenalkan, emaknya kata "ini parang. kau pilih perempuan itu, kau parang aku".

ipin senyum, dia kata, "pin gurau saja mak. kita takkan cari orang jauh dari jb ini lah"

bertahun juga ipin sendiri. takut terluka lagi hati emaknya. dia tahu, sang bunda itu takut anak lelaki tunggalnya, harapannya akan terjauh bilamana hadir seorang isteri. tidak pelik. kalau tanggang sanggup memberi kaki pada bundanya, apa lagi kisah2 biasa.

satu hari, setelah bertahun, ipin terjumpa seorang lagi. accounting nakal peramah manja. hati terpaut, rasa cinta terus terikat mati. ditanya2, anak orang di kampung sebelah. ipin suka. ipin rasa gembira. "emak pasti terima cinta ipin kali ini".

emak ipin datang ke pejabat ipin di suatu waktu itu, kebetulan ada majlis kahwin di johor bahru. dari muar lagi emak ipin sudah berkira2 mahu ke pejabat. saudara ipin bergurau sama dia, tentang bermenantu. emak ipin takut. kalau dijolok sarang emas, mati. "aku orang miskin".

sampai sana, emak ipin suruh ipin bawa dia ke bahagian atas office ipin , mencari gadis bernama atiqah .

"anak siapa?" terus.
tiada silu.
"anak saodah"
"orang besar?"
"saodah orang biasa"

emak ipin lega.

yang emak ipin tidak tahu, Atiqah anak penghulu kampung. orang kaya. orang bugis harta melimpah. adik beradik semua belajar di luar negara. cuma dia yang masih di tanah melayu, belum mahu pergi lagi.

"saodah orang biasa. majid yang tidak".
Atiqah takut bercerita.

hari pinangan datang, emak ipin hampir rebah melihat rumah Atiqah. sudah mahu patah balik, tapi mengenang Atiqah yang gemalai dan pekerti, ipin yang sudah lama bersabar dengan diri, emak ipin tegar juga.

ini bukan Antara Dua Darjat, atau Penarek Becha.

bersimpuh, melafaz hajat, air mata mahu mengalir diseka2. malunya, hanya tuhan saja tahu. rumah menyergam nak dibanding dengan rebannya yang tak setara dengan anjung pun.

penghulu majid bukan tidak suka. tapi dia sudah ada acara untuk setiap anaknya. dan Atiqah ini anak yang paling disayang. Atiqah nak yang paling mendengar kata, yang paling manja, yang paling nakal, yang paling manis. kenapa Atiqah?

lalu dikiaskan: "boleh. hantaran serba berdiri. duit kahwin 5 ribu. berarak dari kampung kamu ke rumah kita. tempoh sampai tengah tahun"

emak ipin senyum. mengerti. 5 ribu? paling mahal pun masa itu seribu suku. lima ribu??

sampai di rumah, ipin nyaris ditetak emaknya."kau bunuh saja aku, ipin. kamu kasi aku malu! kau anak tak tahu segan!"

ipin senyum dengan airmata dilinang sengaja.
"terima saja, mak. ipin carilah nanti."

sejak itu ipin tidak tidur. ada saja kerjanya. dia sudah biasa, si ipin itu, bersusah dan berperah keringat .

penghulu majid masih tidak percaya pada hari persandingan mereka. dia kunci diri dalam biliknya. kenapa? Atiqah bisa miliki apa saja pulang dari amerika nanti. mcm kakaknya. kenapa seawal itu mahu disiakan hidupnya? dari kecil dimewah, kenapa hidup yang biasa dicarinya?

ipin dan atiqah , cantik berpakaian pengantin, selesai berarak, segala pencak silat sudah hampir tamat. tiba masa bergambar keluarga. tapi sang ayah tiada.

ipin dan atiqah, masih berpakaian pengantin, di depan pintu, mengetuk2 dengan manis dan memujuk. "keluar ya abah..."

hampir dua jam juga baru keluar orang tua itu. gambar yang jelas tak ikhlas, tak dipedulikan, yang penting ipin senyum, Atiqah pun senyum.

"sikit2lah"

selepas kahwin tetap tidak mendapat cinta sang ayah. ipin tetap menunjuk kasih. benar, hidup serba kurang, dibanding dengan apa yang biasa, tapi atiqah bahagia, malah jauh lebih gembira dari adik beradiknya yang tersalut mutiara berlian segala.

setahun selepas, ipin dan atiqah dikunjung cahaya. anak sulung perempuan, mereka gembira. penghulu majid buat pertama kali, di hari itu, senyum pada ipin, minta mengelek anak kecil yang dipangku.

dan tiba2, mereka sudah berbual seperti biasa.

ipin minta diri mahu ke dalam sebentar. pintu ditutup perlahan, dia menangis di belakangnya setelah bertahun menyimpan penat di dalam dada.

kerana kisah ini, anak itu, nur nadzirah ariffin itu menjadi permata di hati semua.
menjadi segalanya.
terutama.

dan lahirnya aku nur ain ariffin dalam bayang2 yang dicipta tuhan atas nama dugaan bunda dan ayahanda.
aku wujud dalam kabus, mencari wajah sendiri, berdikari.
keberadaan yang samar.
kewujudan yang tak disedar.

lagi, kau mau tanya kenapa posesi?
kerana aku tidak punya apa untuk membuktikan aku ini ada.
untuk sesorang mengingat aku bila aku tiada.

kau mau tau kenapa aku tidak reti beramai?
kerana aku mau mata kamu melihat aku.
sebagai satu.
sebagaimana aku kagum pada kamu.
sebagai satu.

...................

inilah kisah cinta terhebat pernah aku dengar . dia menjadi kan aku kagum sehingga sekarang . dari hidup seorang ofis boy bertuka kepada yang maha hebat membuat kan aku tak henti henti panjat kan syukur .

abah , dek eyn bangga dengan abah !
:)

aku sudah penat hidup menjadi awan.