Thursday, February 7, 2013

Kupu Kupu

Kepala ke bawah, kaki ke atas. Dress pendek ketat masih di badan.
Maskara cair mencacatkan muka .

Aku boleh mewah dan mungkin sekarang dah jadi Datin tanpa perlu pandang belakang hidup jahanam yang lama. Lelaki-lelaki muda zaman kehancuran aku semua tak menguntungkan. Semua melelong cinta macam tak ada harga. Apa yang aku tunggu sebenarnya?

Aku kusut. Kuku merah aku kikis. Aku bangun pandang cermin, tengok-tengok kalau boleh nampak masa depan. Tak, yang aku nampak cuma aku dan muka serupa nak pergi parti Halloween.

Sejak aku putus harapan dengan dia tulah sifat defensif menjadi-jadi. Kalau perempuan dipandang sebagai objek, biar aku jadi objek. Kalau cinta boleh dilacurkan untuk jadi duit, aku akan buat benda tu. Kalau cinta boleh digadai semudah petik jari, tanpa janjikan apa-apa, biar aku sahut. Semata untuk dicinta semua lelaki, dibenci semua perempuan.


Oh , Crap .

“You want drinks?”

“Taknaklah, tak minum”

“Why? Habistu masuk club buat apa?”

“Untuk joget je. I wanted to be a dancer. Well you know, orang sini kalau tengok ligat sikit je stereotaip kata lucah.”

“Then, kenapa tak minum? Its just a drink”

“ I ni tak selalu sehat . Kalau minum setitik kan Tuhan tak terima doa kita. Nanti kalau I sakit macam mana nak doa?”

“Hmm, comel”

Dia sesuatu.
Sesuatu yang menggamit seluruh hidup aku. There’s something in him that makes me come back. Lain dari berpuluh-puluh lelaki yang aku pernah jumpa. I believe that bad girls are meant to be for bad boys too. Kalau itu lelaki yang aku cinta, bawalah aku pada dia.

Aku cuci tangan, bersihkan muka. Campak dress merah yang basah dengan air mata, aku sambung menangis bawah shower. Aku janji untuk keluar dari dunia lelaki durjana.
Aku minta maaf kerana lunyaikan diri dalam dunia kejam.

To be continue ..