Friday, August 10, 2012

Ramadhan Blues Part 1

Ditinggalkan memang rasa sakit. Tapi waktu tu aku nekad untuk meninggalkan.
seberapa waktu yang aku rasa dah cukup untuk rasa segala rasa.
Thought he was the man. Sadly, he was just a boy.


Ramadhan kali ni aku banyak habiskan masa dekat office dengan online sampai lebam layan perasaan dengan lagu-lagu Indo mengubati duka nan lara. Selalunya, Amar akan ada untuk kacau aku dengan lawak-lawak lucah dia, tapi sejak minggu lepas Amar jarang ada dekat office sebab berbuka dengan keluarga. Aku akan leka online sampai Maghrib, dan tunggu kawan baik aku, Jura untuk balik sekali .

12 ramadhan yang pertama aku datang bulan . Jadi masa aku akan dihabiskan macam biasa dengan meeting ke sana sini . Selain makan Popcorn dekat pantry :p . Ya, selain tu Facebook lah apa lagi. Ada sorang budak yang aku baru kenal dekat satu Event Comp hari tu selalu BBM aku . So , Aku pun layankan je . Cakap pasal club, mabuk tergolek, private party. Cakap aku cantik, tapi tak ada kredit. Aku tak faham, aku malas layan. He’s must be one of the douchebags yang suka sembang gebang. Msg memanjang nak menyakat. Dia suruh aku save nombor telefon dia, aku kata aku tak pernah save nombor orang. Konon-konon jual mahal padahal dia tak tahu aku masih dalam waktu ‘berkabung’. Aku cuma tinggalkan nombor telefon dan aku tak berminat nak sambung conversation seterusnya.

Aku masih ingat lagi Ramadhan hari tu. Amar balik awal sebab nak tolong Mak dia beli makanan dekat bazaar. Kak ngah pergi terawikh macam biasa. Aku selalu lambatkan buka puasa sebab tak tahu nak buka dengan siapa dan rasa bodoh bila makan sorang-sorang dekat NZ. Tiba-tiba budak tu inbox ajak pergi bazaar Melawati .

Seingat aku, itu kali pertama aku keluar berdua dengan dia. Dia tunggu dalam Vios Putih depan NZ KLCC . Aku rasa janggal sebab aku dah lama tak keluar dengan orang, dan tiba tiba keluar dengan stranger, pergi bazaar? Okay.


“Eh sorry ah kereta orang bujang, sepah sikit”
“Eh takpa”

Dalam hati “Hak elah. Ayat cliché coverline memang tak pernah kemas kereta. Tapi not bad lah… Takdalah sepah sangat. Wangi pulak tu. Kereta mak lah ni--”

Kami tiba dekat bazaar awal. Tak ramai orang. Baguslah tak semak, harap-harap tak jumpa sesiapa. Puasa yang keberapa itu kali pertama aku turun bazaar. Aku masih dalam mood ‘sedih' yang tak mahu jumpa sesiapa. The moment was awkward. Nak berjalan dekat bazaar buat kali pertama nak sembang apa? Kami jalan melintas satu gerai jual keropok. Abang tu nyanyi lagu keropok Moni yang buat aku pecah perut gelak, dan dia pun. Thank God, at least, ada benda nak gelak dan borakkan.

“Boyfriend you yang dalam DP bbm tu kan? Handsome gak”
“Gila stalker you ni. Handsome? You gay ke?”
“Hahaha. Taklah, bagi I kalau lelaki dia handsomelah jugak”
“Handsome kan. Macam I ”
“Ya, you memang paling hemsem dan cute . Eh you keluar dengan I ni, boyfriend you tak marah ke?
“Entah. Tak marah kot--”

Aku malas nak jawab. Dia nampak macam beli banyak. Kami berhenti dekat tempat bubur lambuk. Dan budak perempuan tu usik aku, “Kak, ni boyfriend eh? Nak mintak nombor dia boleh?” “Eh taklah. Mintaklah!” Aku sambung gelak lagi. Hari yang sangat janggal. Janggal yang ganjil. Petang puasa terisi dengan gelak yang dah lama aku tak rasa.

Sampai kami lalu dekat lorong tengah nak beli tauhu sedap Melawati. Tauhu tu selalu orang beli awal sebab dia cepat habis. Tauhu Anora. Untung kami sempat beli. Sebaik saja aku pusing belakang, aku nampak dia. Bergoncang sekejap dada aku. Boyfriend yang aku tak tahu apa status kami lagi masa tu betul betul depan mata. Dia berdua, dengan Neol , teman seganja. Pandang aku tepat pada mata.


“You dengan siapa?”
“I dengan dia ni.. kawan I”

Mereka salam dan senyum. Dia senyum sinis pandang aku. Mesti dia fikir bukan-bukan lagi pasal aku keluar dengan lelaki. Kami berlalu dalam arah bertentangan. Ah, biarlah. Aku terus tak pandang belakang lagi. Sebab itu yang aku janjikan dengan diri waktu aku frust dulu dulu .

“Eh tu boyfriend you yang handsome tu kan?”
“Haah”
“Eh dia tak marah ke?”
“Entahlah”
“Tapi dia salam I macam okay je”
“Kalau okay, okaylah”
“Dia salam sebab nak pass you kat I kot”
“Ha-ha. Bodoh sial kau ni ( cakap dalam hati :p ) ...”


Aku ingat lagi Ramadhan hari tu.
Bubur Lambuk. Tauhu Anora. Keropok Moni.
Aku tak pernah lupakan. Dan tak akan lupakan.

It was a perfect Ramadhan.