
cuba teka apa ni? ini adalah mahluk halus dari filem-filem seram melayu.
haaa. tidak sebenarnya. ini adalah bakal pengantin perempuan yang memakai baju kurung putih, tudung putih dan dimekap putih oleh juru mekap yang kejam.
terpanggil aku untuk buat satu entry mengenai dandanan diwaktu hari pertunangan.
rata-rata kita mengupah jurumekap yang berusaha sedaya upaya untuk menjadikan semua clientnya putih, walaupun pada hakikatnya mangsa mempunyai kulit sawa matang, atau gelap atau kekuningan.
perlu kita tahu disini, kebanyakan pengantin lelaki bukannya mahu mengahwini mahluk halus atau pelakun opera cina yang serba putih. kalau hitam, biar lah hitam, kalau kuning biarkan sahaja kuning,
dan jika sawa matang jangan lah cuba di putihkan. nak ke awak , selepas 20 tahun tengok gamba kahwin sendiri menangis kerana tak mampu menahan seram melihat wajah sendiri di hari persandingan. tidak kan?
jadi bersederhana lah dalam menggunakan bedak.
semua ni gara-gara tengok gamba tunang kawan baik saya.
kejam sungguh penganiayaan yang sebegini.
nauzzubillah
hahahahaha