Sebelum tidur menangis. Bangkit tidur menangis. Mandi menangis. Berjalan ke kereta menangis. Di parkir menangis. Dalam kereta menangis. Memandu menangis.Membaca teks menangis. Menaip menangis. Menulis menangis. Termangu melangut kosong menangis. Berfikir ke luar tingkap menangis. Aku umpama mesin yang berbelah bahagi sama ada mahu jadi robot atau manusia atau empangan yang harus menahan dari menangis.