dan aku adalah tipikal manusia.
aku tidak pernah cukup dengan apa yang disempatkan. aku kejam kerana tidak malu untuk memahukan lebih dari apa yang dipatutkan. aku tidak malu kerana tidak mahu sedar diri, dan terus meminta2.
tapi tuhan tetap baik.
tanpa prejudis, tetap dengan rahmannya, selalu dia berikan aku peluang walau untuk kali ke berapa puluh juta kiraannya.
tetap selalu mempeluangkan aku.
kalau diikutkan, akulah manusia yang tidak layak beroleh apa2.
kosong.
bolong.
rompong.
haih...
maka seharusnya aku senyum dan bertahan dengan apa yang ada. meredhakan apa yang diberinya. membiarkan dan gagah untuk berasa aman dengan apa yang ditentukannya.
tapi seperti biasa,
aku sebagai manusia,
tamak untuk setiap kalinya.
*diam*
atau mungkin.
aku sudah merasa yang terpaling miskin, pada detik ini.
kekayaan aku pada bahagia yang aku perca2kan dan serpih2 yang ada, yang asalnya cuma baki2 suluhan senyuman dan gelak ketawa kekasih tercinta. seperti mana selalu, aku tekankan, bahagia aku adalah definasi aku, dan tidak perlu kau banding2kan sama ronyok peruk kamu; kerana sesungguhnya itu cuma akan mendatangkan benci.
apa khabar nyawa aku di kejauhan? apakah dia masih teguh sudi dicinta aku? apa dia rindu sama nakal kekasihnya yang mencomot setiap pagi dia? apa ada mungkin dia diam2 menitiskan airmata?
ah. cinta lelaki memang terlalu sakti.
*seka airmata*
pasti penat menjadi lelaki. kasihan sekali. menanggung komplikasi sang wanitanya, menahan segunung perasaannya, menjadi gila dan pulih semula. berganti2 tanpa henti. semata2 untuk perempuan2 yang seperti aku sifatnya.
entri hari ini aku dedikasikan untuk kekasih yang sentiasa memberi.
yang jarang dipandang sebagai perwira kerana pilihannya untuk sepi.
untuk kekasih yang utuh cintanya buat aku yg sangat komplikasi.
kekasih,
terima kasih kerana tidak pernah berhenti bikin saya layu untuk kamu.
terima kasih kerana membikin saya hari2 jatuh cinta pada kamu.
saya tak punya suara seindah asmidar,
saya tak ada wajah semanis bangsawan zaiton,
saya tak mampu berwang berjuta.
saya tak mungkin semua itu walau satu pun.
tapi saya ada hati.
walau sudah sompek berjahit,
apa yang tertinggal,
saya kasikan seluruhnya, setiap manis dan pahit.
setiap hari,
saya bersyukur pada tuhan,
kerana saya dikasihankan untuk dibagi pada kamu.
kekasih kamu,
sampai tua.
kamu kamu kamu kamu.
*senyum*

bahasa saya sudah kosong,
kerana kosa kata yang berbaki dalam sastera saya,
cuma--
kamu kamu kamu kamu.