Wednesday, October 6, 2010

Kita Akan Jumpa :)

Saya sedang belajar bahawa…

Kalau kita mahu berpindah agama
dan kita mencari hujah-hujah yang menidak agama lahir kita,
kita akan jumpa.

Kalau kita agungkan bangsa kita
dan kita mencari bengkok bangsa lain supaya bangsa sendiri tegak,
kita akan jumpa.

Kalau kita tidak gemar ruang kita bekerja, belajar atau menetap,
dan kita mencari sumbing sekitarnya,
kita akan jumpa.

Kalau kita berubah hati
dan kita mencari faktor-faktor yang membuat kita berpaling ke baru,
kita akan jumpa.

Kalau kita yakin kita betul
dan kita mencari sifat-sifat jelik pada dia yang kita percaya salah,
kita akan jumpa.

Kalau kita membaca nukilan orang lain
dan kita mencari diri kita (atau sesiapa saja) dalam nukilan tersebut,
kita akan jumpa.

Kalau kita sunyi tatkala cuba lelap
dan kita mencari sebab-musabab untuk bersedih lalu menangis,
kita akan jumpa.


Kita akan jumpa kerana kita mencari.

Sedar atau tidak,
kita sebenarnya mencari