seseorang yang pernah aku sayang
memberikan respon yg sedikit menyinggung .
bukan aku membangkit marah , tidak .
cuma membikin aku terdiam .
ingat tidak tulisan aku minggu lepas?
yang berulang berselang seli aku
tonjol dan sembunyi?
ya. entri yang agak provokatif itu.
atas nama tuhan,
aku jujur.
apakah aku terlalu patut dikasihankan kerana
hanya itu yang aku mahu dari dulu?
apakah idaman aku untuk mencari pecinta abadi
perlu disiniskan?
atau,
mungkin mimpi itu terlalu murah
berbanding berada di atas awan dengan gaji lima angka
dan rumah seperti kayangan,
dengan suami paling kacak dalam dunia
dan
kereta paling gagah atas jalanraya?
*diam*
murah mungkin untuk kamu.
bukan aku.