Monday, September 13, 2010

sayang saya

aku degil.

selain degil, mungkin pasif. sikitlah.

aku tak suka mengampu. tak suka dibuli. jadi bila orang beri perhatian aku macam cepat terpedaya, lalu akur dan jatuh. bila orang kata sayang aku, aku cair, lemah, dan aku pegang sampai mati. bila orang mula kata sayang pun walaukata dia bohong aku percaya. sebab aku pendendam. cepat percaya, cepat terluka.

aku tak suka perhatian untuk aku itu di alih. bila aku rasa teralih aku diamlah. tapi aku pantau. aku ikut. aku sakit hati. aku biarkan. aku abaikan. lepastu aku tengok balik bila rindu. macamtulah pada semua yang aku kata sayang. walaukata bukan darah daging, setakat belanja tiket muse pun aku dah ingat sampai mati. kalaukata kau artis sekalipun aku tetap pandang yang cuma engkau yang aku kenal dulu, buat supersaver hari-hari tanya khabar, mengadu. yang itu. tak pedulilah siapa kau di mata siapa, yang penting siapa kau di mata aku.

well you know, tangan yang memberi tu memang mulia. dan tolonglah sedar yang tangan menerima ni berbunga hatinya, besar harapannya. nasihat, canda tawa, peluh, peluk cium, gurau manja tu semua dikira.

awak ..
haish , malangnya dari dulu , di tiap kali saya baca-lihat-telaah-renung awak di alam maya ni , saya tak mampu untuk kata apa apa selain kata basi
" saya sayang awak , & saya sungguh cintakan awak "

kerana bahasa sedih dua tiga menjak ni , saya harap awak dapat pahamkan terus dengan cuma membaca tingkah saya bilamana saya muncul dalam hidup awak , walau tak terjejas , tlglah . baca saya .
entah kenapa , ada sesuatu dalam diri saya yang seperti tak malu , mahu jadi overproaktif untuk awak . awak seolah olah nya hak saya untuk saya jaga dan pelihara



awak , dalam sedar atau tak , adalah keyakinan saya .
selagi awak besi , saya jaga :)