Waktu itu saya di tempat persosialan manusia. Menunggu teman di pintu utama. Sedang sekumpulan orang muda Cina mahu melangkah masuk, sekumpulan lagi orang muda Cina melangkah keluar. Yang melangkah keluar cepat-cepat menahan yang mahu melangkah masuk tadi.
What’s up?
Too many Malays inside. Ciao ah.
Semua mengangguk faham dan berlalu pergi. Saya terpinga-pinga.
Waktu lainnya saya sedang memandu. Terperangkap dalam rangkak-rangkak kenderaan, seperti lazim. Dalam kebosanan, saya membaca pelekat yang tertampal di cermin belakang kereta hadapan saya.
UiTM milik Melayu
Hidup ketuananan Melayu!
Membazirnya.
Membazirnya cetak pelekat berlaung kosong. Baik cetak pelekat jangan SMS sambil memandu kalau nyawa ada satu. Saya sebagai peminat SMS-sambil-memandu, pasti akan terhenti kalau terpandang pelekat begitu. Saya percaya anda juga. Mungkin boleh mengelak kecelakaan atau lembab lalulintas.
Membazirnya pelekat kenderaan yang berpotensi menjadi medium efektif di jalanraya.
Membazirnya mengaji tinggi-tinggi tapi itu yang dilekat di kereta dan minda.
Inilah realiti senyap, sementara kita terus disogok dengan war-war Malaysia negara majmuk berbilang kaum aman harmoni serta iklan yang mesti disumbat tiga kaum sekali. Please. This is nothing but us trying to convince ourselves. Malaysia Boleh? Malaysia memang boleh. Boleh hidup berpuluh tahun dalam penafian dan penipuan tanpa tindakan. Optimism is good. But optimism without actions is just sad.
Berbalik pada pelekat tadi: kakak saya juga kelahiran institusi tersebut. Kakak saya juga kasihkan institusi tersebut. Tak pula mentaliti kakak saya melalut begitu. Kalau tiba satu hari bilamana semua bangsa Malaysia mengisi institusi itu, bersaing sihat, sama-sama membaiki masyarakat dan membangun negara, barangkali saya sujud syukur.
Fancy debating on history and appreciation? For god’s sake, our ancestors were all Hindus. Nak cerca orang India dan Cina semua pendatang? Tuhan saja tahu Melayu itu campuran berapa banyak keturunan asing, entah. Fancy researching so much? Cuba kaji darah tiap rakyat Malaysia, kesan bangsa apa masing-masing sebenarnya. Fancy the constitution? Eric Ong rakan sekolah saya dulu dah kira Melayu, rasanya.
Tiap bangsa ada baik buruk masing-masing sebab tiap manusia berbeza. Sejak bila warna kulit melambangkan minda dan hati, saya pun tak pasti.
I wonder; despite urbanization and globalization, are we still that shallow to merely look on the surface? Baru Tuhan buat warna kita lain sikit, kita dah keliru. Kalau nak golong-golongkan semua manusia ikut ton warna kulit, gasaklah berapa banyak bangsa, kaum, parti, kelab, persatuan, badan, organisasi, aliran, dan Facebook Group yang akan timbul agaknya.
I’m sorry. I honestly think that race is just a goddamn skin colour.
Pandangan begini mungkin berbunyi jahil. Tapi saya lebih rela jadi si jahil dari jadi si bijaksana yang menghukum-hakam dunia. Lebih baik jadi anak-anak kecil yang bertanya bingung:
Race? What race? Like racing, is it?
Anak-anak kecil tahu perkara asas seperti; mainan dan gula-gula harus dikongsi dengan kanak-kanak lain di taman. Jangan tamak, jangan kedekut, jangan dengki, jangan gaduh. If you did wrong, say sorry. If someone gives you something, say thank you. Be honest, help each other. Abang kena mengalah. Kakak kena jaga adik. Adik kena sayang abang dan kakak. Tak kiralah kalau abang dan kakak tu dulu mak abah ambil dari rumah anak yatim dan rupanya lain benar dengan adik, bila petir kuat, peluk sorok dalam selimut juga. Typical boring stuff but yes, those are the foundations that we have lost today. Takkan tunggu petir baru nak satu selimut.
Pendapat saya, untuk ada ilmu yang melangit itu mudah. Tapi untuk ada ilmu yang melangit sambil tetap berpegang pada perkara yang asas itu susah. Macam kita nak jadi cikgu tusyen. Dah bertahun-tahun tinggalkan sekolah, tiba-tiba kena ajar algebra pada budak-budak. Kan susah? Tapi amanah.
Saya rasa bodoh begini, kerana sepanjang saya hidup dan mengaji, saya tak belajar pula dalam kubur nanti Tuhan tanya kita bangsa apa. Tuhan tak sebut pula khalifah Dia di muka bumi ini bangsa Melayu, tapi bangsa manusia. Tuhan tak sebut pula makhluk ciptaan Dia yang teratas kerana dikurniakan akal ini bangsa Cina, tapi bangsa manusia. Di kalangan para pelajar saya di kolej, ada beberapa gadis India yang pada saya sangat cantik dan pintar, tapi rasa rendah diri jelas menebal di wajah mereka kerana mereka minoriti, kurang digemari.
Bagus jadi kucing, barangkali. Kucing tak ada akal. Si ibu kucing tak diskriminasi anak-anak, walaupun berlainan warna bulu dan tingkat kenakalan.
Sapa setuju , angkat tangan :)