Friday, August 20, 2010

Pengakuan

Pengakuan:

Saya segan nak mengaji kuat-kuat bila Ibu lalu, sebab bacaan Ibu lebih sedap daripada saya yang tunggang-langgang. Jenis saya, bila lancar, lancar betul. Bila merangkak, ya Allah, kecewa sampai rasa nak menangis. Mengaji sampai mata bergenang, literally, macam budak-budak kena hambat dengan rotan ustaz.

I’ve read somewhere that if you don’t read the Quran and make it a habit, you will eventually be senile when you grow old. There are even scientific explanations for this. (Please share with me if you could find any.)

Saya tak nak jadi nyanyuk bila dah tua. Lupa nama anak, lupa nama cucu, lupa nama suami. Lupa cara makan, lupa cara cebuk, paling disaster kalau lupa cara sembahyang.

Saya lihat sembahyang sebagai telefon antara saya dengan Allah. Itu saja tool yang pastikan saya stay connected dengan Dia. Bila saya abaikan sembahyang, saya jadi lost, out of my own conscious. Macam kita lost bila tak ada telefon bimbit, only much worse. Kalaulah saya jadi tua dan nyanyuk sampai lupa cara sembahyang (minta dijauhkan), saya rasa itu dah kira macam hilang nombor telefon Allah. Memang disaster big-time. Tiba susah, tak tahu nak call siapa.

Terima kasih Ibu , kerana betah dengan saya, percayakan saya, dan tak pernah tinggalkan saya .

:)