Aku mengaku, aku cepat marah, panas baran dan cepat meletop kalau ada benda tak kena. Tapi yang bagusnya tentang sifat aku ni, aku pemarah yang cepat kool.
Dan satu lagi kepantangan aku, jangan tanya dengan aku benda yang sama banyak kali. Sekali aku cakap, rasanya dah cukup jelas apa yang nak aku terangkan. Aku tak suka nak penat-penatkan mulut, gigi, lidah dan tekak.
Dan akhir-akhir ini, aku dah tak ada kompromi tentang benda yang kait mengait dengan perasaan. Dah lali, kebas dan kebal. Tak lut apa pun. Dulu, aku banyak berfikir sampai rambut banyak gugur, tinggal tak beruban je lagi. Sekarang ni, aku banyakkan berdoa je. Fikir pun ala kadar, tak seserius dulu. Cincai.
Aku Ok , Jangan Risau .
Perasaan berkait rapat dengan emosi. Jangan main gila boleh? Ini bukan tentang memberi peluang kedua, kelapan atau kesepuluh. Ini hati doh! Aku bukan sentimental nak menangis hari-hari sampai hidung merah, mata bengkak, pipi sembap. Hati punya hal, ingat boleh main-main ke? Iye, aku kurang ajar, takde adab dan panas baran. Tapi, selayaknya, orang yang mendampingi aku tanggungjawabnya me'neutral'kan aku. Bukan tambah marah aku. Paling busuk pun, diam je lah. Betul kan apa aku cakap ni? Bukan ke selayaknya, Adam yang membimbing Hawa?
Selepas episod berdarah , drama pergi kenduri kahwin . buat buat takde kredit nak call ataupun mungkin terlupa miss call buat aku jadi macam takde erti . Lama-lama, aku mula rasa jauh hati. Sumpah, aku tak berdendam, tapi aku trauma. Dan selepas episod itu, luka kat hati dah jadi nanah, kemudian berkudis. Puas aku kopek, berdarah lagi, dan akhirnya darah kering sendiri, lama-lama meninggalkan parut. Mulut mungkin boleh sengih menipu sampai nampak gigi kapak, tapi lopak kat dalam hati ni, ada orang boleh tolong tampal ke? Kalau boleh curah minyak gamat, sebotol aku dah tuang. Kalau boleh tampal dengan plaster, berkeping-keping aku tenyeh.
Aku tak rasa tahun-tahun yang aku lalui sebelum ini ialah sesuatu yang sia-sia, tapi rasanya waktu itu yang banyak mengajar aku jadi kuat sebab banyak pengalaman yang aku kutip dalam tempoh itu. Aku lebih kenal diri aku sendiri, aku lebih sedar siapa diri aku ni, dan kat mana tempat yang sepatutnya aku letakkan diri aku. Tepuk tangan sambil lompat bintang untuk diri sendiri!
Dalam hal ni, aku tak boleh nak salahkan sesiapa, benda ni mungkin berpunca dari aku jugak. Mungkin, tapi tak semestinya.
Apa pun, hati aku dah patah. Boleh ke nak gam balik? Kalau jahit pun, takut tak kuat, rapuh. Aku suka dengan life sekarang, macam main rollerblade, boleh berhenti tapi tak boleh reverse. Kadang-kadang, jalan tak rata dan berliku-liku. Kalau jatuh, bangun balik. Itu standardlah, sebab dalam hidup ni, tak ada yang sempurna.
Peace! :]
counting days .
sehari je lagi , InsyaAllah . semua nya selamat