Cerita Satu:
Kadang-kadang aku serba-salah. Begini, salah satu dari kemahiran yang ibu aku ada selain dari memasak ( ye sebelum babah takde , ibu seorang suri rumah sepenuh masa ), dia gemar berbelanja. Terutama barang kelengkapan rumah dan pinggan mangkuk.
Jadi dalam dua tiga hari ni lah aku jadi peneman ibu bila memilih segala jenis barang sempena nak sambut lebaran ni . aku jadi driver ibu . segala destinasi ibu aku patuh tanpa banyak soal .
Tapi nanti, bila dah sampai, ibu aku cakap macam ni.
"Dulu-dulu, ibu dengan ayah selalu datang sini bila korang takde,".
Aku diam je. Buat-buat pandang tempat lain.
Nanti ibu sambung lagi.
"Dulu kalau parking kat sini full, ayah selalu park kat depan tu,".
Aku diam je, lepak macam kool.
Aku tau, dulu time aku dengan kakak abang dan adik takde kat rumah, ibu dengan babah selalu keluar bersama . Kadang-kadang bukan shopping pun. Jalan-jalan. So, banyak benda yang mengingatkan dia pada kenangan-kenangan dengan arwah babah . Bukan area JB , KL je, mana-mana tempat yang selalu ibu pergi dengan babah , ayat-ayat macam tu mesti keluar. Mesti punyelah. Aku berani kerat jarilah.
Cerita Dua:
Bila pagi-pagi atau petang-petang, ibu suka bancuh air. Janganlah menggatal nak request teh susu ye. Mesti berlinang air mata nanti. Itu feberet babah. Dulu masa arwah babah ada, pagi seteko & petang pun seteko. Kalau tak habis, masuk dalam peti ais, pastu aku yang lenjan. Hakhak. Kalau babah minum kat luar pun, itu je air rasmi dia. Takde lain, teh susu atau teh tarik. Sampai sekarang ni, aku tak boleh pandang air tu. Kadang-kadang, pergi rumah aunty aku ke, dia selalu buat air tu, ibu aku sentap jugaklah. Aku pun.
Kadang-kadang aku serba salah. Cemanelah lagi aku nak buat? Bukan tu je, kalau nampak benda yang ada kaitan dengan Ping Pong, asam pedas dan ape-apelah yang jadi feberet babah , mesti ibu diam je.
Susah jugak, sebab bila nak tidor je aku beremosi. Habis lencun bantal busuk bila air mata tumpah.
macam mana sedih aku cuma ibu yang paham , seperti mana sedih ibu . hanya aku je yang nampak .
selamat hari raya aidil fitri buat bonda , nur atiqah ayu .
ain nak mintak maaf kat ibu , kalau selama hidup nya ain di muka bumi ni banyak airmata ibu yang mengalir untuk ain . maafkan ain .sempena lebaran yang tiba ni , ain minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab tak dapat beraya bersama dengan ibu . walaupun ibu kata tahun ni kurang meriah sebab ain takde tapi ain tahu ibu selalu nak ambil hati ain . ain tahu ini tahun pertama kita semua beraya tanpa babah , dan orang yang paling terasa adalah ibu . apapun ain paling kagum dengan ibu , sebab selama ain hidup dalam 24 tahun ni orang yang paling tabah dalam dunia yang ain pernah jumpa adalah ibu . ain sayang ibu . selamat hari raya ibu :( . love you .
notahati : Alhamdullilah , sebelum aku balik pagi aku sempat pergi menziarahi kubur arwah babah :) .
exam oh exam , orang dengar takbir . aku ngadap paper .
yesh ! kena kuat oh eyn! kuat , kuat macam ibu .