Friday, July 10, 2009

tuhan punya kerja .

aku tak mahu lagi fikir apa orang akan terasa kalau aku yang menyingung .
jadi aku diam dan buat buta tuli kalau ada orang yang akan bertanya .
aku benci dengan sekeliling .
kalau aku ada kuasa macam doraemon aku nak pergi satu tempat yang tidak ada manusia
dan tanam perasaan hasad dengki aku dalam bumi .
bukan aku nak cuba lari ,
tapi aku rasa semua ini dah melampau .

kata dia aku kuat walaupun aku sendiri tahu aku penakut .
kata dia aku tabah walaupun sebenarnya aku sedar yang aku ni lemah .
kata dia , dia kagum dengan hidup aku walaupun aku tahu yang aku ini menghampa kan .

betul ..
aku terlalu menjaga hati tiap tiap satu yang aku anggap adik beradik supaya mereka tidak berpecah belah .
aku sangat memerlukan kawan kawan kerana aku jauh dari keluarga dan hidup yang
tidak terlalu ceria .
susah untuk aku rungkai kan satu persatu .
bagi mereka yang menghargai aku sehingga saat ini
terima kasih yang tak pernah putus dari aku .

sebak , ye aku jadi sebak .

yuyul : kenapa kau perlu ade lelaki dalam hidup kau saat ini ?

aku jawab

" sebab impian aku untuk berkongsi rasa kasih sayang dengan ayah aku tak termakbul "

aku jadi betul betul sebak .
aku tahu aku seorang budak perempuan yang sangat sunyi . cuba memeriah kan apa saja yang ada di sekeliling . bising , kata orang .
tapi perlu ke aku tunjuk rasa sepi itu pada semua ?

walau aku buta pekak bisu semua sekalipun ,
aku masih mempunyai hak untuk bersuara , bukan ?

sebab aku masih punya hak untuk pilih hidup aku .

aku tahu , ramai yang di sekeliling mula menentang .
aku bukan jenis tak sedar diri .
aku masih tahu beza kan muka aku dengan tembok asal ko tak palit tahi .
semua benda ni buat aku rasa bersalah dan kejam sangat .

ya Allah , teruk sangat ke aku ?

kenapa semua orang janjikan benda yang mereka sendiri tak pasti boleh kotakan ?
dan sampai sekarang aku menangis ,
semua orang tatau nak buat ape .
aku kan gila ?