Saturday, May 16, 2009

purest of pain .

buat teman di luar ,
entry ni di copy paste
dari blog kakak saya yang tersayang .
entry ni sangat meragut dan menyentap kan tangkai hati saya .
ntah lah .
mungkin betul cakap kak wa ,
kami adik adik hanya mengikut perasaan .
mengikut kata hati .
lupa ,
yang kami dah hanyut dengan dunia kami sendiri .

ibu , maafkan dek eyn ibu .
terlalu dalam dosa aen buat ibu .
maafkan .




kenapa aku/saya/gua tak update blog ni sekerap dulu??
banyak sangat masalah dalaman. masalah emosi. buat aku takde mood nak update.
i just want my family back. i can accept the fact that abah is gone, but the ones who are still breathing, i just want 'em all beside me.
cukuplah aku dapat tengok kelibat korang.
aku nak family aku balik. sial!! faham tak?!!!



-heyqal -

kalau kau baca blog ni, aku tak tau la kau baca ke tak, tapi aku nak family aku balik.
dah cukuplah aku tengok mak nangis. perit bangak! bangak bangak bangak!!
takkan nak tunggu dah jatuh tergolek, terhempas berkecai baru nak pungut diri balik? takkan nak tunggu dah kotor, dah conteng arang baru nak ingat kat mak??
fikirlah, umur bukan makin muda. takde siapa halang kau nak seronok. seronoklah. budak muda memang nak seronok. tapi ingatlah mak tu sikit. tu lah mak sorang je yang tinggal. lepas ni takde galang ganti dah. takkan mak dah takde nanti baru nak insaf. ke memang kau tunggu mak takde?? so senang kau nak urus hidup kau? takde orang nak kisah pasal kau. nak macam tu?
aku dah banyak sabar. mak marah aku buat macam ni. mak kata aku lagi nak buat kau rasa taknak balik rumah. aku dah penat membebel. penat mengharap. aku ingat kan dulu benda2 ni dah selesai the moment kau lari macam perompak. aku sanggup tolong. sanggup teman.

penatlah. aku dah penat.


-ain-

if im your sista you'll never leave me behind .

aku just nak adik aku balik. adik aku yang dulu. teman nak kongsi masalah. sekarang kau dah buang keluarga jauh2.aku bebetul terasa hati bila kau cakap pergi holiday dengan kawan kawan kau . sedangkan kau tahu babah baru pergi mengadap illahi . kenapa ? seronok ? happy ke nak lepas tension . kalau kau nak enjoy sekali pun
hormat kan lah arwah babah . pergi dia pun belum sampai 100 hari.
aku tahu kau stress dengan study kau dan macam macam lagi . apapun aku harap apa yang selama ni babah pesan kau tak pernah abaikan . solat , puasa dan yang paling penting jaga maruah diri . itu yang aku harap . sebab aku rasa itu je harta yang kau ada sekarang . jangan terlampau hanyut dengan bayangan yang kita sendiri tak sedar kita cipta kan . bangunlah adik ,, aku nak kau jadi adik aku yang dulu .. tegas .

kenapa kau menjauh hati bila mak suruh kau balik sini?
kenapa?

kenapa nak buat perangai macam ni? kau bukannya anak terbuang. bukannya dari family tak baik. maybe lah kita ada episod hitam dulu. tapi kan dah selesai...kesian lah kat mak tu. aku rasa yang selamatkan kau sekarang sebab doa mak jek. kalau something happen kat kau tu ingatlah bukan sebab mak berhenti doakan kau, tapi tuhan nak tunjuk kat kau. dah cukup lah enjoy2 ni semua. bukannya aku nak halang kau keluar. keluarla. tapi limit la. tak susah pon. kenapa semua benda nak buat yang extreme jek?


-harry-


apa yang kau nak? cuba cakap ngan mak...takde satu pon kehendak kau yang mak tak tunaikan aku rasa.

aku tak tau dah nak sampaikan mesej ni macam mana. bila kau balik je aku rasa nak marah. bukan benci kat kau, tapi benci perangai kau. mak pulak bila kau takde nangis nangis, bila kau balik buat macam takde pape. lagilah aku angin.

aku penat. pening. dah berapa hari dah macam ni. tidur tak nyenyak. banyak sangat masalah nak fikir. macammana nak tidur nyenyak? badan letih macammana pon tak bole tidur gak.

banyak benda lagi nak cakap. banyak lagi points yang aku nak argue. tapi malaslah. ada otak fikir lah sendiri. kalau rasa otak tu tak letak kat lutut patut dah boleh fikir dah. kau bagi la argument macammana pon, kau tetap salah. ingat tu. toksahlah bagi bullshit yang kau tension bila balik rumah, orang lain lagi tension dari kau.

tak tau la apa masalah kau. takde masalah yang takleh selesai pon. kalau kau betul ada masalah la. tapi kau sekarang ni yang cari masalah.

dah la. penatla. aku dah cakap taknak cakap banyak. ada otak fikir sendiri.

...........................................................

:(

kak ,
jiwa kau terlalu telus ,
maafkan kami kak
kerana sangat tak memahami .

aku rindu kau kak :(