aku hampir menjerit bila carl pinjam kan aku notebook kesyagan dia .
hehe . tak sangka ea dalam tengah bercuti ni
aku ingat semua orang tak bawak lappy mahupun notebook .
almaklum la takot hilang atau kena rembat .
mana tahu dia dapat teka perasaan gelisah aku ketika ni .
haha
carl carl , kau memang seorang sahabat :)
erm .
tujuan aku satu je .
nak luahkan sesuatu yang aku bukukan dalam satu hari ni .
arghh
sini ..
mula-mula aku rasa, dalam dunia bercinta ni aku tak pernah rasa ditinggalkan.
tapi rupanya ada.
cuma aku tak sedar sebenarnya dalam situasi itu, aku kena tinggal. Haha.
Loser.
tapi aku tak loser sebenarnya sebab aku dah cuba yang terbaik untuk bersama dia.
tapi sebab aku sayangkan dia, jadi aku lepaskan.
aku pernah suka dengan seorang mamat ni. sangat sukaaaaaaa.
kalau jumpa yang boleh buat jantung aku luluh.
kiranya lelaki idaman yang aku cari-cari masa itu.
Aku tak rasa dalam selama kami kenal aku bertepuk sebelah tangan ,
cuma mungkin pada masa tu . aku dengan dia banyak beri tumpuan kepada study .
banyak yang aku belajar dari dia , bagi aku dia seorang yang sangat matang , cool , dan brilliant .
hehe . walaupun course aku dengan dia tak sama . tapi dia slalu bantu aku bila aku ade assghtment yang membabitkan law ( dia : B.Law / aku : B.Fin/B.M ). tapi selalupun nye pun memang takde
cuma dia saje je nak membizikan diri dia , untuk sentiasa jumpa aku ( ahah perasan ) dan macam tu jugak aku .
dan aku tak nafikan , ramai kawan2 serumah mahupun classmate aku semua menganggap bahawa aku dengan dia mempunyai hubungan special walaupun sudah berbuih mulut aku mengatakan kami tak lebih dari seorang kawan .
kawan ke ?
aku rasa mata aku dengan mata dia waktu tu boleh merungkai kan segala jawapan dari mereka .
cuma aku lebih suka bersifat pasif .
sebab takkan perigi nak cari timba kan ?
aku mengambil sikap dungu je .
seperti takde apa apa perasaan melainkan " kawan "
walaupun dalam hati tuhan aje yang tahu .
dalam aku bizi untuk mewarna kan kehidupan aku bersama sidia .
aku tersentap dengan kedatangan wanita bernama sara .
dan ape yang aku dengar ..
betul betul buat aku rasa nak mati sambil berdiri .
cuma aku kuatkan hati .
taknak rasa sebal menguasai diri .
dan aku pujukkan diri aku , bahawa kami hanya sekadar kawan .
dan bermula dari situ ,
aku jauhkan diri .
aku cuba untuk tidak bertembung
mahupun berbual bual kosong .
aku penuhkan hari hari aku dengan melayan perasaan diri .
syukur , kawan kawan serumah semua nya memahami .
semua nya menghulurkan bahu waktu aku betul betul perlukan .
dan takkan aku lupa saat saat itu :)
sampai satu masa, kami berbual serius.
dia bertanya selama mana mahu begini?
aku cuma menjawab ntah .
dia ceritakan A-z tentang apa yang terjadi , dan apa yang sebelum ni aku tak tahu .
aku yg bodo sebab langsung yang dia milik perempuan lain sebelum ni .
arghh
dia bilang, bukan niat dia mahu memperalatkan aku.
dia betul sayangkan aku, lebih dari kekasihnya.
cuma dia tidak mampu bila tiada kekasihnya disisi.
segala susah senang telah dia lalui bersama si kekasih. kedatangan aku dalam hidup dia, menambahkan lagi warna pelangi dalam kehidupannya sekarang.
lantas dia sambung, "aku akan tetap bersama dia walaupun dia lebih banyak kekurangan daripada kau.
tetapi cuma dia sahaja yang selalu mempertahankan aku dan bersabar dengan dugaan hidup aku"
aku? aku hanya mampu menangis.
ya, aku kalah. tapi aku puas hati kerana sudah aku berjuang habis-habisan.
aku bukan loser ok. aku tak. dan untuk pertama kali dan terakhir dia memeluk aku.
dan kemudian, aku lepaskan dia.
aku redha dengan semua ini. yang penting aku sudah jadi yang terbaik untuk dia.
terus aku bangun, dan tinggalkan dia.
kali terakhir.
aku terus lenyap dalam hidup dia.
aku merana, mesti.
tapi apa mampu aku buat?
terus aku buang semua yang ada tentang dirinya. gambar, pen , barang-barang segala.
aku tidak mahu kenang dirinya lagi.
aku berdiri lagi. sendiri.
mulakan yang baru dengan merangkak, bertatih dan kemudian berlari.
dan dengan bantuan masa untuk aku lupakan kisah silam .
ianya datang lagi ..
dan terlalu menghantui aku hingga kini .
*malam , semalam *
"saya rindu segalanya tentang awak," lembut suara tu keluar dari mulut dia.
maaf.
aku tidak akan balas. bila aku sudah lepaskan sesuatu itu,
aku tidak akan patah balik.
cukuplah. kau rayu sekali mana pun,
aku tetap berdiri disitu dengan satu kaki tanpa tongkat.
aku tidak akan patah balik.
cukuplah. kau rayu sekali mana pun,
aku tetap berdiri disitu dengan satu kaki tanpa tongkat.
kuatkan aku?
tapi sakit.
merana jiwa raga.
. tinggal lagi 2 hari untuk aku lepaskan diri dari panahan arjuna dia .
melbourne .