Tuesday, May 19, 2009

hidup lagi

banyak benda yang berubah lepas babah meninggal. banyak sampai tak tercakap. tapi oklah. saya ok. tapi ibu saya ... masih.

tapi, meredhakan babah pergi itu yang paling penting.
babah dah menderita sakit hampir beberapa bulan . tak sangka sangat tuhan pinjamkan babah pada saya untuk 24 tahun je.
meninggal tanpa sempat tengok saya kahwin dan konvo.

tarikh 31 march 09 dah jadi sejarah besar dalam keluarga bila babah menghembuskan nafas terakhir tanpa saya di sisi.
lebih baik jgn bercakap pasal benda ni kot. nanti sedih lagi.

taknak.

yang lebih penting, kekuatan hati saya jadi luar biasa. jadi tegar, nekad, kuat. sekali cakap, saya terus buat.
malas nak toleh belakang.
hati jadi kering.

entah.

tapi kematangan saya dah mencecah lebih dari umur saya yang sekarang ini, walaupun muka saya babyface. Kan? Haha.
Eh
berbalik pada cerita tadi ye. betullah orang cakap, semua benda yang jadi, mesti ada hikmah. walaupun hati saya sedih atas kepergian ayah,
dan diikuti dengan satu lagi peristiwa yang membuat hati saya hancur berkecai, saya masih kuat.

macam magic. tiba-tiba nekad.
tak tau apa yang mendorong.
sebab mungkin sebelum ini saya selalu sangat kecewa tergolek-golek. kot.

yang lama tu dah tiada lagi. yang tinggal kenangan yang masih berbaki.
hati dah hancur berkecai macam kaca jatuh atas lantai.
tapi yang bagusnya, kaca berkecai tak berselerak.
elok terkumpul satu tempat.
kalau berselerak, takut orang terpijak, luka berdarah pulak tapak kaki.
saya rasa cukuplah setakat ini.

cukuplah.