Monday, April 20, 2009

terima kasih

minta maaf kalau aku menjauh. ada benda yang tak dapat aku jelaskan sebab terlalu rumit dan remeh. kawan-kawan yang lama, yang sama-sama ada masa hubungan tu terjalin semuanya aku jauhkan. bukan lupa, tapi bagilah aku ruang untuk rasa lengang.

maaf untuk silap yang aku buat sebagai kawan, sebagai adik, sebagai kakak. maaf, kerana terlalu memahami tanpa aku hargai. maaf atas sebab cara hidup kita yang tak sekata. maaf untuk sifat yang sering kecil hati dengan benda-benda entah apa-apa. maaf untuk jutaan kalinya atas sebab-sebab yang tak terucap.

aku tahu kau kecil hati bila aku mula tulis pasal salah faham kita. aku tahu aku nampak macam pentingkan diri bila mengelak tiap kali kau mengungkit pasal sayang . aku tahu aku selalu buat tak endah dengan kau. aku tahu aku selalu lari bila antara kau dah mula bercerita tentang kahwin dan masa depan . aku tahu, tapi buat-buat bangang. bukan selfish, tapi aku tak mampu. dan aku paling suka sedar diri dari hipokrit

sebab aku terlalu kesal dengan sifat sendiri.
betul betul cucuk dalam hati , tapi aku pura pura kental .

Ahh . Parasit jiwa .

mengadu seolah-olah aku yang menganiaya. masih diam dan tak buat apa-apa. aku tahulah siapa yang baca blog ni. aku tahu korang perhatikan aku. takkan nak aku sebut nama baru nak sentap.

apapun aku tersangat kecewa dengan korang .
terima kasih sebab sudi menjadi kan aku kawan untuk masa yang tersingkat .
terima kasih sebab sudi menjadi kan aku sundal .

haihhh , taknak cakap lelebih
kang ade yang terasa .
cukup la dengan bebal yang kau sudah baling dekat aku
walaupun aku tak penah lupa yang hari ni
hari besar kita .