Baru-baru ini ada cerita baru di kalangan pelajar-pelajar pondan di fakulti aku.
Beberapa petang yang lalu, rakan baik berorientasi seksual serong aku (mari kita gelarkan dia A) menghantar text ym kepada aku, seakan-akan histeria dan nampak sangat marah. Nama A tersenarai di dalam senarai pelajar-pelajar yang perlu menghadiri kem yang akan diadakan selama dua malam pada minggu hadapan.
Kem Bina Diri.
Untuk pondan-pondan.
Initial reaction aku ialah ketawa seakan-akan aku tidak percaya. Bagi aku memang lucu, sebab yeah, ramai pelajar-pelajar di kampus aku yang pondan. Pondan yang memang tidak boleh dibantu. Aku ketawa beberapa minit, kemudian aku reply seakan-akan concern, "Wtf can they actually do that?"
Apparently yes.
Selepas bergossip, aku mendapati bahawa tidak semua pondan layak menghadiri kem tersebut. Hanya pondan yang memakai skinny jeans, pondan yang memakai baju ketat, pondan yang tiada tetek tetapi memakai bra, pondan yang bertetek tetapi tidak memakai bra, juga tidak ketinggalan pondan yang gedik. Pondan yang relaks, seperti rakan aku khalid @ khalisa , tidak layak sama sekali.
Sebenarnya aku kisah apa kalau rakan-rakan pondan aku dipaksa ke kem membina diri. Bukan masalah aku, sebab aku bukan pondan. Tetapi aku sangat curious tentang perkara ini, terutamanya aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan bitchy-fits yang bakal berlangsung. Aku seakan-akan mahu menyertai kem ini, semata-mata untuk menghilangkan kebosanan yang aku kerap rasa semasa di kampus. Tapi.. Aku tak suka camping. Dan.. Aku tak boleh terima berada di kalangan pondan yang ramai.
Tapi yang paling aku tak boleh terima, rakan tidak pondan bertanya pada aku, "eyn , kenapa you tak kena pergi camp ni? You kan pondan juga".
Bangsat.