Wednesday, April 8, 2009
katakan tidak , kepada BENCI .
Apa yang akan buat kita gembira mungkin orang lain tak akan kisah. Macam mana nak tunjuk yang kita betul-betul gembira pun sebenarnya orang lain tak mungkin kisah. Lepaskan rasa gembira yang tak terhingga tu pula kadang-kadang buatkan ada orang yang tak senang.
Bergembira dengan hidup yang serba kekurangan ni salah ke?
Aku dah letih kerana hidup dengan terlalu bersedih dengan ketepikan perasaan gembira tu. Baru perasan yang aku ini selalu berusaha sedaya upaya menggembirakan orang sedangkan sekeliling abaikan kegembiraan yang patut aku punya. Gembira bila diangkat sebagai perempuan. Gembira bila disanjung sana sini. Dan bila senyum aku tanda okay untuk kau, kau akan mula memperdaya dan tanpa aku sedar sebenarnya kau cuba makan aku perlahan-lahan. Tapi, percayalah. Tak kiralah kau itu kawan atau lawan, kau lah antara yang paling rugi.
Sebab kau yang makan aku.
nak tahu ,
sesuatu ?
Aku dah jumpa banyak lelaki pengecut sepanjang hidup. Banyak gila babi.