Friday, March 6, 2009

Paham Dan Mengerti !

Aku gadis yang biasa-biasa saja. Tak punya banyak pilihan sejak kecil. Apa yang ada, ambil. Apa yang tinggal, makan. Apa yang tersedia, pakai..

Apa ingat orang yang tersedia mewah hidup bagai puteri raja ke ?
mungkin .
tapi bukan aku ..

itu didikan yang aku terima sejak lahir lagi .
hidup dalam penuh sederhana .

Kalau lah ini dipanggil pilihan ..

Lebih baik aku pilih hidup yang tak menyusahkan. Pilih hidup dengan dia dan dia yang gajinya belasan ribu, lepastu aku boleh lelong muka dengan pakaian jenama, makan yang sedap-sedap, aku boleh pilih untuk jadi trendsetter ke satu hari nanti, boleh jadi yang paling up-to-date sekali kan? Tapi tak, aku pilih hidup dengan macam ni , makan yang sederhana, berkongsi pinggan bersama teman rapat . pakai baju yang nampak comel tapi murah , tidak terlalu manja kan diri aku dengan barang barang yang branded , tapi kalau aku mahu aku ikat perut aku dan simpan duit yang di kirim mak. tapi tak mungkin juga aku akan berhempas pulas kumpul duit untuk beli satu handbag dari marc jacob dan pakai hampir setiap hari.

Hidup yang sunyi, psikologi yang tinggi. Komplikasi yang rumit sepanjang usia remaja. Prioriti hanya pada lelaki. Sebab pilihan aku cenderung pada lelaki. Aku memilih untuk setia, sungguh yakin dengan setiap langkah muda. Kecewa sepanjang 5 bulan, aku jatuh dan bangun semula. Aku jumpa orang baru. Mulakan semua baru. Masatu bukan lagi jatuh, malah dah nyawa-nyawa ikan hampir tahun ketiga.

Tapi aku yang cegil ini, yang masih terkial-kial dengan silap-silap ini sebenarnya bukanlah memilih sangat. Bersyukur dengan apa yang Tuhan beri, tak ada request-request nak kasut itu ini , nak kereta paling canggih dalam dunia untuk hari jadi. Memang tak langsung, seperti paris hilton yang dapat sebuah kereta bentley sempena krismas tempoh hari sungguh mencenggil kan aku . Termasuk juga bab lelaki, aku bukan materialistik. Yang aku perlu cuma perhatian.

Jadi yang namanya pilihan sekarang apa yang jadi tiga bulan kebelakangan ni kan?

Macamni, dia tinggalkan aku dengan alasan student dan situasi. Aku rasa bebas dan terima dengan rasional demi masa depan. Belajar untuk kesinambungan kerja, pilihan untuk ada keluarga, dan hari tua. Aku taklah baik sangat. Semua orang tahu tu, aku kenal lelaki itu ini untuk observe. Baru sekarang dapat merasa, teman istimewa yang ambil berat. Tapi keselesaan aku tu tak dapat diterima sidia. aku salahkan diri sendiri, rasa tak adil.

Tapi hakikatnya, aku dibohong.

Dan lazimnya, lelaki itu harus ditinggalkan kan? Ya, aku tinggalkan dengan beratnya. aku kenal lelaki itu, aku habiskan masa-masa biasa dengan lelaki-lelaki baru. Untuk teman borak, teman makan, teman belajar. Aku jatuh hati dengan kawan sendiri. Aku pilih dia. Dia keliru, jadi dia pun bohong. Aku usaha terus memilih dia dengan tidak berpatah balik pada yang lama.

Aku larikan diri dari jam 6 sampai 11 malam, untuk buat pilihan .

Aku keliru dan rasa tinggalkan sibodoh untuk sibodoh. Aku masih kuatkan diri untuk lupa yang tiga tahun. Aku cuba tak peduli sehingga aku jumpa orang lain. Hari pertama kenal terus aku lupa diri , aku lupa dia siapa dan aku juga lupa siapa aku ! acapkali bila aku cuba duduk sendiri tenangkan fikiran aku , jiwa aku kacau , dek bayangan dia .. tapi aku rasa selesa, aku belajar kenal manusia baru .
Aku langgar prinsip diri. Yang bersih jadi kotor. Sebab aku ini dewasa, jadi aku fikir aku betul. Kalau dulu, bila pilihan aku salah, Mak tetap ada kendong aku. Sekarang, bila aku lelah dek lelaki-lelaki sebegini, aku hanya punya jasad kosong yang berdiri.

Yang itu tolak aku ke sini, yang ini tolak aku ke sana. Aku terus salahkan diri sendiri bahawa yang jahat itu aku, yang kejam itu aku. Nyilu terngiang,

Pilihan aku masih dia sehinggalah tiba satu hari.

" Hey Ain ...

.Er , Siapa ni?"

"Kenapa terkejut ? U Ain kan?"

"Yes, U siapa?"

"Alwi tak cakap ke I siapa? tanyalah dia, "

"Alwi? ..

btw , i Sara .

"Emm, Tapi Ain tak pernah tahu Alwi ada kawan nama Sara. Satu kolej?"

"Eh tak, U tak perlu tahu sebab kawan-kawan I ramai kenal U"

" Kenal I ? ..
" And Then .. For What U Cari I ?

"Pasal Alwi " ..

Er ?
Why ?
U Kawan Baik Alwi Ke ?

"Of courselah I Baik Dengan Dia ,
I tidur Rumah Dia Dari Jumaat sampai Ahad"

"Buatpa?"

"What do you expect? Takkan borak dengan member dia?"

"Siapa U ni sebenarnya?"

"I gilrfriend dialah. Dah tiga bulan"

Rasa nak amik pisau kelar leher sendiri ........

...........................................................................................................................................

Dimusnahkan benjamin berkali-kali.

Runtuh, hancur, jatuh, mati dan bangkit tak serik-serik. Begitulah tiap kali sehingga semua rasa meluat dan menyampah menyaksikan drama sama tiap kalinya. Sama, serupa, malah lebih menyakitkan.

Maafkan aku jika aku menipu. Maafkan aku juga jika aku mempermainkan. Tapi aku punya rasa yang serupa sama macam yang kau rasa. Cuma aku dah terbiasa rasa seksa.

Aku ini orbit yang dimusnahkan. Bukan Hawa yang sempurna sifatnya .

Kau Tahu Kenapa ?
Kau Takkan Tahu ..

Nur Ain Ariffin .