Thursday, March 5, 2009

hello yu and yu

sudah dua puluh tiga tahun menongkah hidup dengan nyawa yang sekejap tebal sekejap nipis.

bukan malaikat terpilih, apatah lagi diangkat menjadi kekasih.tetap, tuhan ini yang terindah dan mengasihkan aku.

bukan juga insan hebat, tertulis lama aku ini biasa , sudah tersirat.

tetap, ada juga taulan megah menjunjung tumit aku.
bukan langsung roh agung , jauh sekali terjaga terlindung.
tetap, sang pecinta wujud memberi daun menangkis ribut biru.

kesederhanaan.

silap selama ini ,

terlalu mencari yang terpilih ,
yang terhebat,
yang teragung.

silap, kerana seharusnya ada frasa yang disambungkan di tiga2 peribadi itu.

yang terpilih di setara aku .
yang terhebat di mata aku .
yang teragung dipuja aku .

kerana sempurna di pandangan mereka, ada mungkin tidak di penglihatan aku.cantik di perasaan aku, ada mungkin tidak di jiwa mereka.

kan ?

aku rasa, aku telah jumpa ubat ketenangan.
yang aku cari sejak kecil dulu.mahu tahu?

*senyum*

satu: lupakan semua.
dua: cinta keluarga.

* kenyit *

betol tak sayang ?

oh . life is pretty cool \o/

.. selamat pagi cinta ..