Tuesday, March 24, 2009
blind mind .
Saat ganti saat.
Tahu tak bila nak kira tiap detik yang bergerak tu agak menyakitkan? Tak, ni bukan jiwang atau apa. Tapi macam hidup yang sungguh memenatkan, rancangan yang kecundang, halangan yang macam gampang, keliling yang bunuh kepercayaan dan macam-macam perangai yang khianat.
Orang terdekat kata seronok jadi aku sebab banyak babak cerita yang adventure. Ibarat hidup aku cuma untuk tontonan sama ada kamu semua akan gelak atau rasa sedih. Aku tak mungkin jadi popular. Aku tak mahu pun. Sebab nanti takut lupa daratan. Takut jadi pengkhianat juga. siapa tahu?
Cuba putar karma tu. Kau akan lihat diri kau pada tempat aku. Menangis setiap hari mengenangkan yang mana satu boleh dipanggil adil. Ada orang takut dan sebut nama Tuhan berulang kali bila lihat aku marah. Tak, aku tak marah.
Cuma kecewa.
Yang tebal dalam fikiran aku di usia 24 tahun sekarang ni, cuma rasa tak sabar nak habiskan study aku yg makin lama makin membuntu kan aku ! , impian untuk lepaskan beberapa penumbuk yang bermakna untuk bekas teman lelaki , perasaan gemuruh untuk menyambut hari lahir pada september nanti :)