pernah tidak kau benar2 beriman pada sesuatu doa,
atau cukuplah kalau aku katakan yakin dengan sesuatu perbuatan?
benar2 percaya, yang kau sanggup redha dengan apa sahaja mendatang,
kerana begitu tawakal pada tuhan yang mencipta setiap kejadian?
pernah tidak kau diberi tuhan ujian yang paling dahsyat, tapi kau rasa sangat gagah jiwa kau dek setiap bait janji2 allah, yang mana datanglah perit mana, kau masih boleh senyum ketawa semacam tidak ada apa?
tahniah.
ramai kita membaca doa kerana membaca.
ramai kita sujud ruku' bersolat kerana bersolat.
ramai kita meluah bahagia kerana meluah.
ramai kita tunjuk tawadu' kerana tunjuk.
kita semua performer.
penunjuk.
penayang.
kerana pameran itu suatu yang perlu.
hidup, seperti iman, ada turun naiknya.
bagi kamu2 yang masih bersekolah, yang merasakan perbalahan dengan teman baik itu sudah bagaikan penghujung dunia: damn, percayalah, itu langsung sekuis jari kelingking banyaknya.
bagi kamu2 yang sedang dalam alam cinta, yang merasakan pergaduhan tadi adalah yang paling kejam yang pernah kau rasa: hah, senyum sajalah. belum tentu pun itu jodoh kamu, wahai adinda.
bagi kamu2 yang sudah berumahtangga, yang merasakan gejolak alam kamu berdua sudah bagai pulau kecil dihambat katrina: aduh, gagahlah. apa yang ada di depan kamu, jauh di hadapan itu, mungkin berubah, mungkin tidak, di lain masa.
seperti bernafas, hidup kita ini berombak. ada masa perlu ditarik, ada masa perlu dilepas. yang kelakarnya, bila kita batuk terkokol2, bila semput dan payah hendak tidur, bila kahak penuh di kerongkong, mulalah kita membising.
kenapa tidak perasan bila kita sedang tidak?
pernah pegang dan urut dada sendiri bila tidak ada komplikasi di atas?
berapa orang yang buat?
nah...
sama, kan, dengan hidup?
lalu mungkin tuhan jadikan setiap kecelakaan atas kamu supaya kamu sandar sedikit, dan ambil masa. dia mahu kamu usap dan belai dengan kasih dada kamu, untuk kamu muhasabah barang sebentar, mana tahu kamu sudah terlalu tidak perasan tentang nilainya tenang.
dan di sini bahagian reaksi kita.
ada yang goyah dan hancur.
melebur.
ada yang bangkit dan perang.
menggoncang.
ada yang diam dan menangis.
mengemis.
ada yang akur dan terima.
meredha.
yang mana kita?
dan jangan takut kalau kau tidak ada dalam senarai di atas. dan jangan seram kalau kau adalah semua yang di atas. sebab kita semua bukan karektor dinamik. kita manusia, dan kita ada turun naiknya.
mana tahu mungkin kali ini, untuk musibah ini, kau hendak cuba apa yang aku hendak bilang di entri ini.
pertama sekali, mesti diingatkan yang setiap yang berlaku ada sebabnya. tapi untuk menghukum allah memberi kamu dugaan sebagai balasan perbuatan sesuatu itu adalah satu tuduhan buta2, kerana berbaik sangkalah pada tuhan, dia bukan manusia macam kita yang fitrahnya suka berbalas2.
benar, mmg setiap khilaf kita sudah dijanjikan allah akan bahananya. tapi apa perlunya kita berikan sensasi akusasi atau membubuh tuduh pada tuhan yang semamangnya adalah yang maha pengampun?
ia bagus sebagai keinsafan.
tapi perlu diingat, tuhan itu baik.
dan dia lebih tahu.
kalau ada dosanya, minta ampun.
biarlah dikecam orang, setiap celaka kita kerana perbuatan sendiri.
kalau ayahbonda sanggup memaafkan anak yang derhaka,
apalagi tuhan yang mencipta kita dari alam ruh?
jangan malu sama tuhan.
dia tidak prejudis, kalau kau ikhlas.
dia tidak kritis, kalau kau berniat jelas.
dan dugaan yang datang itu,
kau pancangkan dengan ini:
this, too, shall pass.
ini juga, akan berlalu.
sahabat,
sakit, aku tahu.
perit, aku tahu.
tapi bertahanlah sedikit lagi.
cuma sedikit lagi.
kau bayangkan tali penamat tinggal lima langkah lagi.
five more.
five.
dan jangan ranap bila kau cecah tali itu, yang kau lihatkan ada tali baru di 100 meter depan.
sayang,
ini kehidupan.
satu2nya tali penamat adalah bilamana sakaratul maut sudah di hujung kakimu,
menunggu cue dari tuhan utk samada merentap nyawa kamu,
atau berpelahan menjemput kamu.
habiskan setiap larian.
memang rasa jahanam.
jadi jangan terjunam.
kedua, yakin sama janji allah. kitab allah adalah jalan hidup muslim. segala kata2 dia ada di situ. untuk meneruskan hidup. untuk mendapat isteri dan keluarga baru. untuk melihat kebenaran. untuk meneruskan jalan.
janganlah pula sekadar menjadi tangkal, dipakai2 digantung2 buta2. baca dan fahamkan maknanya. ayat seribu dinar, seumpamanya, bukan semata untuk ditampalpamer seperti pendinding makhluk jahat.
manfaatkan.
bacakan.
jangan beli demi untuk menghias.
yakin dengan janji allah.
dan kalau kau masih ada ragu2, buat apa kau tonggang tonggeng bersolat, kalau ada sekelumit dalam hati berdolak dalik sama kuasa tuhan aku?
kalau kau masih ada was2, perlu apa kau hendak yakin sama syurga neraka yang dicipta tuhan untuk kita2?
syurga terlalu luas, kan tuhan?
dapat bertenggek atas batu pun saya sudah suka.
iman bukan semata pada yang enam itu.
tapi carilah iman yang enam itu dalam sehari2 hidup kamu.
dalam kerlip mata.
dalam sandar kepala.
dalam cuping telinga.
dalam ayunan peha.
dalam orang tua melintas.
dalam terbangnya unggas.
dalam buku dan ruas.
dalam air basuhan beras.
percayalah,
bila sudah selesai dugaan itu,
kau akan mendiam, dan menoleh belakang.
tidakkah kau mahu senyum dan berkata,
"terima kasih, tuhan saya.
sekarang saya mengerti."
sayang,
dugaan tuhan itu bahasa dia mengajar kita sesuatu.
tidakkah kamu mahu rebut peluang ini untuk menjawab perbualan itu tadi?
*senyum*