Sunday, March 29, 2009

babah ,

januari lepas, abah yang memang ada penyakit kencing manis diserang hypoglycemia, atau lebih mudah dikenal sebagai insulin shock. situasi di mana pengambilan gula terlalu dikawal sehingga kadarnya terlalu rendah.

begitu rendah, sehingga abah mula hilang ingatan dari masa ke semasa.

*diam*

untuk seorang yang mengagungkan bapanya, yang memandat sang ayah itu sebagai satu2nya hero yang tak mungkin ada penangkis kebalnya, ini adalah suatu yang terlalu membunuh.

*diam lagi*

abah, yang tidak langsung ada kurang, yang sangat sempurna di mata aku, yang keterlaluan gagahnya, kini mula hilang. aku jadi takut.

abah harus terus kebal.
mesti tetap gagah.
hidup sehingga beratus tahun lagi.

abah aku superhero :)

*airmata aku terlalu deras sekarang ini*

bang lang cerita pada aku, ada ketika yang abah tiba2 menyusun2 barang seperti anak2 kecil. ada juga masanya yang dia tiba2 berhenti memandu di tengah2 jalan dan tidak mengerti apa2.

ibu kisahkan pada aku, ada sekali itu abah diserang teruk, kalau tidak disedarinya, pasti sudah koma atau lumpuh.

aduhai tuhan...
kalau ini harga bahagia aku,
ambillah semula.

*diam*
kerana tidak ada manisnya hidup andai dikorban punca nyawa,
kan?

...

tapi alhamdulillah, sejak semakin dijaga dan dirimaskan dengan desakan aku supaya abah tidak lagi berpuasa dan bekerja kuat, dia semakin elok. tidak pulih sepenuhnya, cuma tidak lagi diserang hypo.

cukuplah ,

tambah pula dengan berita membahagiakan dari kak long beberapa minggu lepas datangnya kepastian akan tiba seorang permata dalam 9 purnama lagi.
berteman la nino selepas ini :)

.....

aku ini manusia tidak kuat.
begitu juga anggota aku.

*diam*


kun fa yakun.

sangka baik pada tuhan.

sememangnya dia maha baik.

maha.