pernah tak aku cerita ttg kawan baik rapat akrab musuh si yuyl atau nama dalam surat beranak beliaw nur khairiah bt daud . . rasa nya pernah ek ? beberapa kali tentang kewujudan nabil dambaan pilu minatkan beliau sebeelum kewujudan aku . etc . dan hari ni dengan sukacita dan gembira nya aku akan cerita kan sket pasal bestie aku yg sangat cool nie . he he he . ( setelah habis sekotak tisu membaca kat blog beliau pasal aku , touching sealll !! )
kamu mesti terpk siapakah yang begitu cool sehingga dapat tidur sebantal dengan aku , meletak kan aku di pangkuan nya pada waktu2 sejuk dan berpeluang melihat saya menangis sehingga hingus terkeluar 2cm ? haekehak . bkn aku sorang je k . dia ponggg !! dan ye ini la beliau :)
kami sangat berlainan tapi kami sangat serasi . dia perempuan ala ala peng tomboi . kuakaua . tetapi aku sebalik nya . tapi kami share satu benda sense of humor . hihi . okay la tipu je share satu benda , padahal share tilam , kucen , shoes , bag , laptop , dan rumah di pelangi house ini tapi u noe what i mean ? we complete each other :)
salah satu contoh , waktu kami memuda dan ala ala freshies lagi kat sini . gi mana berdua jek . sampai ada satu ketika kami terasa nak mkn makanan malaysia . cari punya cari jumpa la satu restaurant malaysia ni . kat restaurant ini pengusaha nya ingin menonjolkan kepelbagaian menu dari m'sia dan memperkenalkan Air Batu Campur dalam menu . Aghhh .. tentunya si GEMUK berdua ini menerima baik berita tersebut . maka setiap kali habis class kami akan singgah di restaurant yang sama untuk minum ABC dan siapkan assightment yang mmg berlambak lambak . yg pelik tp benar kami tak pernah beli dua ABC berassingan mesti nak kena share . sebab kami memang jimat sebab tade duit tapi berangan nak beli kasut yg memahal . hahaha .
jenis saya , kalau makan ABC mesti makan part AB sahaja (iaitu AIR BATU ) dan dialah yang akan makan part C ( iaitu CRAP/SERDAK ) menjadikan kami partner sejati makan ABC kat restaurant tu . ingat dulu setiap kali sebelum sampai di restaurant tersebut mesti kami gelak-gelak dulu sebab aku sememangnya tak boleh nak tgk si waiter dan order dengan dia ( abang takde expression ) sebab terlalu lawak situasinya . maka si yul ni la yg slalu tgk muka mamat ni sementara aku dah tekup mulut sambil bebuat tengok laptop . haha . sebelum order kitaorang baca bismillah dulu kalau tak comfirm gelak besar depan bro tu . abang itu amat melawakkan . dia takde exspression tak kira apa yg berlaku di hadapan beliau . dah la ada tahi lalat besar dan leper di pp kiri . yuyl kau pasti sedang gelak kat dlm bilik kau kan . haha . aku tahu .
oh we read each other's mind too .
berbalik pada topik yg sbenar . saya dan yul sangat rapat sehingga kan kami memasang angan angan untuk menjadi besan kepada kucen kami .. yul slalu mengeksyen kan aku dengan menunjuk gamba gamba kucen si ladiiee dia di hadapan aku . dan aku dengan tanak mengalahnya menunjuk kan kejantanan kucen aku di hadapan beliaw ! yaw ..
haha dan finally kantoi . si laddyee ada lah kucen jantan . dan secara permanent nya aku telah tukaw kan nama kucen yuyl kepada emperor . haha . comel sangat kalau kucen gebu besar macho kaler oren dinama kan emperor . nama ladyyy sangat bapukk .. identity crisis gila . kuehekeue .
kami juga sangat rapat sehingga yul akan melayan karenah aku sperti terjaga tengah malam dan meminta maggi :P . atau kejang lutut seperti warga emas dan meminta urut . yul slalu panggil aku orang tua . cet . aku pun tatau apehal . i mean orang muda pun ada kejang lutut , hilang ingatan dan sakit belakang . kan kan kan ???
pernah sekali kami bergurau dn yuyul tersiku perot aku . ( bygkan keadaan gurau kami ) haha . dan aku pun tiba tiba menangis . aku pun tatau apa motif aku nak beritau korang . nak tunjuk softer side aku kan . hehehe :P
kami begitu rapat that recently we got married to each other . tp yul sempat pakai inai sebab kami kahwin sambil berlari ( kahwin lari ) hahaha . lame joke :P
apapun aku sayang betul kat si yuyl ni . terlalu banyak memori lawak suka duka dengan beliau . kalau nak share semua , harus dedicate satu blog untuk dia shaja . dan blog itu mungkin kami berdua je yang baca ..
haha .
tq fren .