Wednesday, November 5, 2008

istana menanti pasti .

orang kata penantian itu satu penyeksaan. memang betul. terutama sekali jika kita orang yang menunggu. tambah menyeksakan lagi, jika kita menunggu sesuatu yang tak pasti, macam kes aku ni.

aku yakinkan diri yang masa itu akan tiba juga, cuma aku tak pasti bila. sering aku bertanya sendiri, patutkah ku tunggu lagi, atau pergi begitu sahaja? ataupun, berjalan sahaja ke arahnya perlahan-lahan agar jarak yang jauh itu tidak begitu terasa?

aku menulis ini bukanlah kerana apa, hanya sekadar peringatan pada diri sendiri akan beberapa hari yang indah itu agar aku tidak pernah akan melupainya. harapanku, agar hari itu akan tiba lagi, biarpun aku terpaksa menunggu hingga kucing bertumbuh tanduk sekalipun.

haha . to syg , i love u laaaa !!